awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alahai ... bakal pengantin ditipu syarikat katering terkenal

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
10/10/2018
06:28 MYT
Alahai ... bakal pengantin ditipu syarikat katering terkenal
Seorang bakal pengantin di sini terpaksa menanggung kerugian sehingga RM5,000 selepas menjadi mangsa sebuah syarikat katering terkenal yang menawarkan pakej perkahwinan tidak wujud. - Gambar hiasan
Seorang bakal pengantin di sini terpaksa menanggung kerugian sehingga RM5,000 selepas menjadi mangsa sebuah syarikat katering terkenal yang menawarkan pakej perkahwinan tidak wujud.
Mangsa wanita berusia 23 tahun hanya menyedari dirinya ditipu oleh syarikat berkenaan selepas melihat viral di media sosial mengenai syarikat berkenaan yang menipu pelanggan dengan menawarkan pakej perkahwinan yang tidak wujud.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, pada Julai 2017, mangsa yang bekerja sebagai kerani itu tertarik dengan iklan perkhidmatan katering yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan untuk majlis perkahwinannya pada Mac tahun depan.
“Mangsa berhubung dengan pekerja syarikat berkenaan untuk menempah pakej yang bernilai RM11,800. Namun dia diminta untuk membayar deposit sebanyak RM5,000.
“Pada Mac lalu, mangsa pergi ke pejabat syarikat berkenaan di sini bagi urusan pembayaran deposit di mana dia membuat bayaran tunai sebanyak RM5,000 kepada kakitangan syarikat berkenaan dan diberikan resit pembayaran," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, baru-baru ini mangsa menyedari syarikat berkenaan menipu pelanggannya selepas melihat viral di media sosial sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam.
“Modus operandi sindiket ini adalah dengan menawarkan pakej perkahwinan yang tidak wujud sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kerugian. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.
Topic Berkaitan
#bakal pengantin
#iklan perkhidmatan
#jenayah
#katering
#mangsa
#media sosial
#perkahwinan
#siasatan
#sindiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan