DREBAR
‘Alami Proton’ hujung minggu ini


Bertujuan untuk mempertontonkan kepakaran Proton di dalam teknologi automotif, para pengunjung akan turut dipersembahkan dengan suasana seakan pesta dengan permainan ‘laser tag’, permainan video, pertandingan mewarna, foosball, perlumbaan go-kart, dan macam-macam lagi.
Kemeriahan “Alami Proton” akan memuncak dengan majlis pelancaran umum Proton Compact Car (PCC).
Dato' Abdul Harith Abdullah, ketua pegawai eksekutif Proton mengingatkan semua bahawa kali terakhir Proton menganjurkan hari seperti ini adalah 5 tahun lepas. “Alami Proton” adalah antara cara syarikat ini berkongsi detik-detik bersejarah mereka, dan menunjukkan kepakaran kejuruteraan yang sudah diperolehi.”
Antara yang paling istimewa adalah peluang untuk melangkah masuk pusat R&D Proton, tempat di mana kesemua kereta Proton ‘dicipta’. Dato' Harith menambah, “Daripada 197 negara di dunia ini, hanya 33 yang memasang kereta, tetapi daripada angka itu, hanya 14 sahaja yang membuat kereta sendiri dan Malaysia adalah salah-satunya negara Asean yang ada di dalam senarai itu.

Di pusat R&D ini, pengunjung akan melihat bagaimana pereka Proton menghasilkan sebuah model menggunakan mesin CNC, proses membuat model tanah liat, dan melihat antara prototaip enjin yang ada.
Program-program pada September 27 (Sabtu) akan bermula pada 10.00 pagi, dan berakhir pada 10.00 malam dengan persembahan selebriti-selebriti terkenal seperti Jozan dan Zizan serta penyanyi Hafiz. Kemuncaknya adalah acara cabutan bertuah, di mana Proton Compact Car yang ditunggu ramai adalah hadiah utamanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami