awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alexander Borodai kembali ke Rusia, orang baru pimpin pemberontak Donetsk

Astro Awani
Astro Awani
30/07/2014
08:02 MYT
Alexander Borodai kembali ke Rusia, orang baru pimpin pemberontak Donetsk
Pemimpin pemberontak Donetsk, Alexander Borodai yang berunding dengan kerajaan Malaysia berhubung nahas MH17 dilaporkan telah kembali ke Rusia.
Pemimpin pemberontak Donetsk, Alexander Borodai yang berunding dengan kerajaan Malaysia berhubung nahas MH17 dilaporkan telah kembali ke Rusia dan tempatnya kini digantikan oleh orang lain, lapor The Washington Post.
Akhbar itu memetik kenyataan Vladimir Antyufeev yang mengatakan beliau adalah pemangku ketua baru kumpulan pemisah wilayah yang digelar sebagai Republik Rakyat Donetsk.
Laporan The Washington Post itu menyebut Borodai "ke Moscow untuk berunding dengan individu yang tidak dinamakan" dan tidak jelas apakah beliau akan kembali ke Donetsk.
Borodai ialah warga Rusia dan pernah menetap di Moscow. Beliau sebelum ini pernah kembali ke Moscow dan tidak membuat sebarang penyerahan kuasa secara umum.
Belum diketahui sama ada Borodai akan kembali semula dari Moscow kali ini.
Antyufeev pada Isnin menyalahkan kerajaan Ukraine sebagai dalang yang menyekat akses pasukan penyiasat antarabangsa daripada masuk ke lokasi nahas MH17.
Antyufeev menggesa suatu siasatan yang ditaja oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas tragedi MH17 dan menolak sekeras-kerasnya tuduhan Amerika Syarikat dan Ukraine bahawa Rusia membekalkan senjata kepada pemberontak.
Sebelum ini, pihak PBB berkata insiden penembakan pesawat Malaysia Airlines MH17 'mungkin boleh disamakan dengan jenayah perang'.
Topic Berkaitan
#Amsterdam
#borodai
#Kuala Lumpur
#Malaysia Airlines
#MH17
#Rusia
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan