awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ali Tinju' mengaku tidak bersalah sebut perkataan menghasut

Bernama
Bernama
16/07/2015
07:49 MYT
'Ali Tinju' mengaku tidak bersalah sebut perkataan menghasut
Mohd Ali Baharom mengaku tidak bersalah atas dakwaan menyebut perkataan menghasut ketika insiden pergaduhan di Plaza Low Yat, Ahad lalu. -Gambar fail
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan menyebut perkataan menghasut ketika insiden pergaduhan di Plaza Low Yat, Ahad lalu.
Mohd Ali, 44, atau lebih dikenali 'Ali Tinju' didakwa menyebut lima ayat yang berbentuk provokasi perkauman di hadapan bangunan plaza berkenaan, Jalan Bulan 1, Off Jalan Bukit Bintang, di sini pada 8.30 malam, 12 Julai.
Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama, membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Ketika rayuan, Mohd Ali yang diwakili peguam K. Ragunath memohon agar mahkamah menetapkan jumlah jaminan RM5,000 sahaja memandangkan isterinya tidak bekerja, tertuduh sendiri tidak mempunyai pendapatan tetap selain mempunyai lima anak masih bersekolah.
"Dia hanya berniaga kecil-kecilan dan tiada pekerjaan tetap. Dia juga telah direman tiga hari setelah menyerah diri di balai polis Dang Wangi selepas mendapat tahu di akhbar bahawa polis ingin mendapatkan maklumat daripada beliau," kata Ragunath.
Timbalan Pendakwa Raya S. Ravindran bagaimanapun menawarkan RM10,000 sebagai jaminan.
Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan iaitu Mohd Ali tidak dibenar kacau ganggu atau menghubungi saksi pihak pendakwaan dalam kes itu.
Wang jaminan terhadap Mohd Ali juga akan dibatalkan sekiranya dia dituduh lagi atas kesalahan hasutan.
Jagjit Singh menetapkan 30 Julai untuk sebutan.
Mohd Ali membayar wang jaminan itu.
Topic Berkaitan
#Ali Tinju
#Mohd Ali Baharom
#Persatuan Veteran Tentera Melayu
#provokasi perkauman
#PVTM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan