awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alif Teega mengaku tidak bersalah seleweng dana infaq lebih RM63,000

Amirul Aiman
Amirul Aiman
20/09/2024
02:15 MYT
Alif Teega mengaku tidak bersalah seleweng dana infaq lebih RM63,000
Pempengaruh Alif Teega ditemani isterinya, Aisyah Hijanah pada perbicaraan di Mahkamah Kuala Lumpur, pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Pempengaruh Alif Teega mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat atas dua pertuduhan menyalahgunakan wang berjumlah RM63,605.48.
Kes tersebut melibatkan program infaq iftar dan korban pada April serta Jun lalu.
Alif Teega atau nama sebenarnya, Mohd Hazalif Mohd Hazani, yang sebelum ini mencetuskan kontroversi rumah tangga, membuat pengakuan itu setelah pertuduhan dibacakan.
"Saya mohon dibicarakan," kata Alif Teega di hadapan Hakim Azura Alwi.
Mengikut pertuduhan pertama, lelaki tersebut didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan wang RM36,047.35 bagi tujuan infaq iftar di Mekah, Syria dan Palestin, di CIMB Bank, KL Gateway, di sini, pada 26 April lalu.
Sementara pertuduhan kedua, dia dituduh menyalahgunakan wang RM27,558.13 bagi program 'Jom! sertai infaq daging Qurban' di bank sama, 15 Jun lalu.
Jika sabit kesalahan, bagi setiap pertuduhan, dia boleh dihukum bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun dan sebatan serta denda.
Pada 11 Julai lalu, Alif Teega, 30, dan isterinya, Aisyah Hijanah Azhari, 26, ditahan reman empat hari, bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa untuk mendapatkan rasuah.
Kes itu tular di media sosial kerana pempengaruh tersebut didakwa mengambil komisen tinggi daripada kutipan derma.
Pasangan itu turut menjadi perhatian warga siber kerana sentiasa memaparkan kehidupan mewah.
Bagaimanapun, mereka tampil menafikan semua tuduhan penyelewengan dan pecah amanah.
Topic Berkaitan
#Alif Teega
#pempengaruh Alif Teega
#seleweng dana infaq
#salah guna dana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan