awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran trafik arah utara, selatan perlahan

Bernama
Bernama
03/05/2022
16:02 MYT
Aliran trafik arah utara, selatan perlahan
Bagi laluan Pantai Timur, kesesakan hanya berlaku dari Plaza Tol Gombak menuju ke ibu kota. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke utara dan selatan, perlahan malam ini susulan masih terdapat pengguna jalan raya yang memandu pulang ke kampung serta kembali ke rumah masing-masing selepas bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata setakat 10.30 malam tadi, trafik sesak di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara dari Tapah ke Gopeng dan Ipoh ke Changkat Jering di Perak serta Alor Pongsu ke Jawi, Pulau Pinang.
"Trafik juga dilaporkan sesak dari Pedas Linggi menuju Port Dickson dan Bandar Ainsdale menuju ke kawasan Rehat dan Rawat Seremban.
"Bagi trafik menuju ke arah selatan dan ibu kota pula, kesesakan dilaporkan berlaku sebelum Plaza Tol Hutan Kampung di Kedah, Pendang menuju Gurun, Sungai Petani Utara ke Sungai Petani Selatan, dari Changkat Jering ke Bukit Berapit, Bidor ke Slim River, Pagoh ke Ayer Hitam dan Simpang Renggam ke Sedenak," katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurut jurucakap itu bagi laluan Pantai Timur, kesesakan hanya berlaku dari Plaza Tol Gombak menuju ke ibu kota.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#lebuh raya sesak
#balik kampung
#LLM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan