awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran trafik di Gua Musang sesak, perantau mula pulang

Bernama
Bernama
14/04/2024
06:12 MYT
Aliran trafik di Gua Musang sesak, perantau mula pulang
Pengguna jalan raya dinasihat supaya mematuhi peraturan serta tidak mementingkan diri sendiri apabila menghadapi kesesakan lalu lintas. - Gambar fail/Bernama
GUA MUSANG: Aliran trafik di Jalan Jeli-Gua Musang, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Jalan Kuala Krai-Gua Musang sesak ekoran perantau mula pulang ke destinasi masing-masing selepas berakhir cuti sempena Aidilfitri.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata pihaknya melakukan beberapa penyuraian trafik sebagai langkah mitigasi dalam mengurangkan kesesakan di pintu keluar utama negeri ini.
"Penyuraian dilakukan secara berperingkat dengan kaedah menutup laluan bertentangan yang tidak sesak dalam jarak lima kilometer bagi memberi ruang kepada jalan yang sesak menjadi dua lorong," katanya kepada Bernama hari ini.
Sik menasihati pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan serta tidak mementingkan diri sendiri apabila menghadapi kesesakan lalu lintas kerana proses penyuraian memakan masa antara 10 hingga 20 minit setiap kali dijalankan.
Sementara itu, Mariati Abdullah, 42, yang dalam perjalanan pulang ke Cheras, Kuala Lumpur berkata dia sekeluarga 'tersangkut' dalam kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan sebelum memasuki daerah ini.
"Kami bertolak pada 6.30 petang semalam setelah selesai menghantar anak ke asrama sekolah di Pasir Mas dan mengalami kesesakan jalan raya yang teruk di Tanah Merah dan Machang, sebelum tiba, di sini, pada 5.30 pagi tadi.
"Tempoh perjalanan biasanya hanya memakan masa kira-kira empat jam dari Pasir Mas ke Gua Musang tetapi masa cuti raya kali ini kami terpaksa menempuh hingga 11 jam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aliran trafik
#Gua Musang
#cuti sempena Aidilfitri
#sesak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan