awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran trafik di lebuh raya utama bergerak perlahan petang ini

Bernama
Bernama
02/02/2022
09:27 MYT
Aliran trafik di lebuh raya utama bergerak perlahan petang ini
Kenderaan yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan di Kilometer 279.4 Arah Selatan sesak dan bergerak perlahan ketika tinjauan sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan pada petang ini berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.
Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata aliran trafik dari utara dilapor perlahan bermula dari Sungai Petani, Kedah ke Bertam, Pulau Pinang dan Juru ke Bukit Tambun.
Selain itu, aliran trafik juga didapati perlahan dari selatan melibatkan Yong Peng ke Pagoh, Bukit Gambir ke Tangkak dan Ayer Keroh menuju Port Dickson berikutan aliran trafik yang meningkat.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik bergerak perlahan dari Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi dan Hentian Sebelah Gombak ke Plaza Tol Gombak.
Bagaimanapun, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 didapati lancar di kedua-dua arah setakat ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aliran trafik
#Tahun Baharu Cina
#Pantai Timur
#PLUS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan