awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran trafik dijangka meningkat mulai Jumaat - Ismail Sabri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
10/06/2020
06:46 MYT
Aliran trafik dijangka meningkat mulai Jumaat - Ismail Sabri
Aliran trafik di lebuh raya dan jalan utama dijangka meningkat mulai Jumaat. - Gambar hiasan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan aliran trafik di lebuh raya dan jalan-jalan utama akan meningkat mulai Jumaat ini sehingga Ahad.
Ini selepas tidak ada lagi sekatan jalan raya rentas negeri susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula Rabu.
Pun begitu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Beliau berkata, tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mana-mana individu yang ingkar SOP itu.
"Saya yakin orang ramai akan mengambil peluang untuk balik kampung untuk berjumpa keluarga sempena bulan Syawal.
"Sekali lagi saya ingatkan patuhi SOP kerana SOP masih ada dalam PKPP. Setiap peraturan telah diwartakan," katanya pada sidang media di Putrajaya di sini, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri turut meminta pengguna lebuh raya supaya mematuhi SOP ketika menggunakan kemudahan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R).
Katanya, pasukan polis kini akan bertumpu pada pematuhan SOP di premis-premis awam dan sebagainya.
Dalam pada itu, Ismail berkata, PDRM akan menarik balik semua sekatan jalan raya kecuali di kawasan lorong-lorong tikus bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#PDRM
#PKPP
#R&R
#sekatan
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan