awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
Kanak-kanak tiga tahun maut dalam kebakaran di Banting
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin

Faida Rahim
Faida Rahim
20/04/2024
04:40 MYT
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM -  Razarudin
Razarudin berkata pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar dalam keluarga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Beliau yang ditemui Astro AWANI di Masjid Negara memaklumkan pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar dalam keluarga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Sepanjang hayat arwah bersama PDRM, saya anggap Allahyarham seorang legend.
“Allahyarham seorang yang tegas dan bijakasana, cekap dalam membuat keputusan terutama membabitkan pasukan PDRM dan kerajaan,” katanya.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Tambah Razaruddin, beliau dan seluruh keluarga besar PDRM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
“Banyak jasa Allahyarham dicurahkan kepada PDRM sepanjang 20 tahun berkhidmat, itu satu jangka masa yang panjang. Allahyarham saya anggap yang bijaksana mempunyai pegangan tersendiri,” katanya.
Pada Sabtu, Mohammed Hanif dilaporkan meninggal dunia pada usia 85 tahun.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi.
Perkara itu dimaklumkan anaknya, Kapten Abdul Rahmat Omar Mohammed Hanif menerusi platform WhatsApp awal pagi Sabtu.
Mohammed Hanif yang lahir pada 16 Januari 1939 merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang keempat dan juga Ketua Polis Negara paling lama berkhidmat di Malaysia iaitu selama 20 tahun.
Topic Berkaitan
#tun hanif omar
#legenda PDRM
#Ketua Polis Negara
#Razarudin Hussein
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan