Skip to main content

Malaysia

Ally Mukhriz timang cahaya mata lelaki, cicit pertama Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah

Sumber: IG Tok Puan Norzieta Zakaria
Ally memangku Eden Zakaria Ezran Cheah sambil diperhatikan oleh ibunya, Norzieta. - Gambar Instagram @tpnnorzietaofficial
Advertisement

KUALA LUMPUR: Anak kepada Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir iaitu Ally Mukhriz selamat melahirkan bayi sulung lelaki yang diberi nama Eden Zakaria Ezran Cheah, pad Ahad.

Kelahiran Eden Zakaria sekali gus menjadikan bayi yang lahir dengan berat 2.9 kilogram itu cicit pertama kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ally atau nama sebenarnya Meera Alyanna Mukhriz menerusi media sosial pada Isnin.

Menurut Ally, cahaya pertama beliau dan suami, Ezran Daud Cheah itu lahir pada pukul 8.48 pagi.

"Ezran and I are happy to announce the birth of our baby boy, Eden Zakaria Ezran Cheah. Born 16.08.26 at 8:48am at 2.9kg.

"Thank you everyone for sending the well wishes and we hope to share more soon," katanya menerusi perkongsian tersebut.

Image
Sumber: IG Tok Puan Norzieta Zakaria
Mukhriz memangku cucu sulungnya, den Zakaria Ezran Cheah yang selamat dilahirkan pada 16 Ogos 2026.

Turut berkongsi kegembiraan ialah ibu Ally, Tok Puan Norzieta Zakaria, yang memuat naik ucapan menyentuh hati bagi menyambut kehadiran cucu sulungnya.

"Assalamualaikum. Praise be to Allah. Our hearts are overflowing with love as we proudly welcome our precious grandson into the family.

"Welcome to the world, little one! You are already so deeply loved," tulis Norzieta pada hantaran di akaun Instagram beliau. 

Pada Februari lalu, Ally mengumumkan kehamilan anak sulung selepas melalui perjalanan panjang rawatan kesuburan, termasuk prosedur persenyawaan in vitro (IVF).

Ally mendirikan rumah tangga dengan Ezran Daud Cheah pada 20 Februari 2020 dan pasangan itu sering berkongsi perjalanan mereka untuk mendapatkan cahaya mata dengan para pengikut di media sosial.

Kelahiran Eden disambut dengan ucapan tahniah daripada ahli keluarga, rakan-rakan serta pengikut yang membanjiri ruangan komen media sosial pasangan tersebut.

Must Watch Video

Advertisement