AmanahRaya: Pemegang amanah korporat bukan hanya untuk tersenarai, fokus lindungi pelabur

ART ditubuhkan pada 2007 di bawah Akta Syarikat Pemegang Amanah 1949 dan merupakan anak syarikat Amanah Raya Berhad yang dimiliki sepenuhnya oleh MKD, Kementerian Kewangan Malaysia.
KUALA LUMPUR: AmanahRaya Trustees Berhad (ART) menegaskan perkhidmatan pemegang amanah korporat bukan hanya relevan untuk syarikat tersenarai atau urusan kewangan berskala besar dan kompleks, sebaliknya penting untuk pelbagai pemain industri termasuk syarikat persendirian, badan kerajaan, koperasi serta syarikat tujuan khas (SPV).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ART, Zainudin Suhaimi, kehadiran pemegang amanah membantu memastikan tadbir urus yang mematuhi undang-undang, pengurusan aset yang telus serta perlindungan kepada pihak berkepentingan.
"Pemegang amanah bukan sekadar “penjaga aset”, tetapi pihak ketiga yang profesional, bebas dan berkecuali bagi memastikan integriti, ketelusan dan akauntabiliti, selain mengurangkan risiko salah urus, mengelakkan konflik dalaman serta meningkatkan keyakinan pelabur", kata beliau.
Beliau turut menjelaskan perbezaan utama antara amanah individu dan peramanahan korporat adalah pada tujuan dan skop.
"Amanah individu diwujudkan untuk keperluan peribadi seperti perancangan harta pusaka, penjagaan anak bawah umur dan pengurusan aset keluarga.
"Sementara itu, peramanahan korporat ditubuhkan oleh syarikat atau institusi kewangan bagi mengurus struktur lebih luas termasuk dana pelaburan, sukuk, hartanah dan aset Korporat", katanya lagi.
Dalam konteks ini, ART bertindak sebagai pemegang amanah korporat yang memastikan pematuhan undang-undang, pematuhan perjanjian dan kepentingan benefisiari serta pelabur terus terpelihara.
Di samping itu, fungsi utama peramanahan korporat ialah melindungi kepentingan pelabur, memastikan ketelusan serta akauntabiliti agar kepercayaan pelanggan dapat dikekalkan dalam ekosistem kewangan.
Seiring misinya, ART menekankan amalan tadbir urus kukuh, budaya prestasi tinggi serta kecekapan berasaskan pendigitalan, selain memastikan pelanggan memperoleh perkhidmatan terbaik, kelestarian kewangan dan amalan industri terbaik.

ART bertindak sebagai pemegang amanah korporat yang memastikan pematuhan undang-undang, pematuhan perjanjian dan kepentingan benefisiari serta pelabur terus terpelihara.
ART menyediakan perkhidmatan pemegang amanah merangkumi:
- Skim Pelaburan Kolektif (CIS)
- Skim Persaraan Swasta (PRS)
- Amanah Pelaburan Hartanah (REIT)
- Perkhidmatan Penjagaan (Custodial Services)
ART ditubuhkan pada 2007 di bawah Akta Syarikat Pemegang Amanah 1949 dan merupakan anak syarikat Amanah Raya Berhad yang dimiliki sepenuhnya oleh MKD, Kementerian Kewangan Malaysia
Sejak penubuhannya, ART mencatat beberapa pencapaian utama termasuk pengukuhan dalam segmen Skim Pelaburan Kolektif, apabila kini menjadi pemegang amanah kepada lebih 250 tabung CIS, meliputi kira-kira 20% bahagian pasaran dalam segmen tersebut.
Zainudin memaklumkan pencapaian itu mencerminkan keyakinan pengurus dana terhadap keupayaan ART melindungi kepentingan pelabur dalam pasaran yang kompetitif.
Jumlah aset di bawah amanah dan kustodi yang diuruskan kini melebihi RM370 bilion, menunjukkan tahap kepercayaan tinggi pelanggan terhadap ART sebagai penjaga aset yang amanah dan cekap.
Selain itu, komitmen terhadap inovasi dan transformasi digital menerusi adaptasi amalan terbaik industri serta penyelesaian digital bagi meningkatkan kecekapan operasi dan mutu perkhidmatan.
Mengulas trend industri pemegang amanah korporat dalam tempoh lima tahun akan datang, ART menjangkakan perkembangan teknologi digital dan tuntutan keterangkuman kewangan akan terus memacu perubahan, dengan pelabur serta institusi semakin menuntut perkhidmatan yang telus, cekap dan mesra pengguna.

ART ditubuhkan pada 2007 di bawah Akta Syarikat Pemegang Amanah 1949 dan merupakan anak syarikat Amanah Raya Berhad yang dimiliki sepenuhnya oleh MKD, Kementerian Kewangan Malaysia.
Tambahnya, digitalisasi kini menjadi keperluan dan pihaknya berada dalam fasa eksplorasi bagi menawarkan perkhidmatan Penyimpanan Aset Digital (DAC), memperkukuh sistem custodian sedia ada serta mengintegrasikan teknologi untuk meningkatkan kecekapan operasi, keselamatan data dan ketelusan pelaporan.
Sebagai langkah memperkukuh kesiapsiagaan dalam mengurus pelaburan tradisional serta aset digital, ART turut memeterai memorandum persefahaman (MOU) pada 4 September dengan CoKeeps Sdn Bhd, yang dikenal pasti sebagai penyimpan aset digital berlesen penuh pertama di bawah SC.
ART turut menegaskan komitmen membina masa depan yang inklusif dengan menawarkan perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelbagai pihak termasuk pengurus dana, GLC, institusi kewangan Islam, badan kebajikan serta agensi kerajaan dan swasta.
Zainudin menegaskan pemegang amanah semakin penting bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang stabil, khususnya melalui pematuhan undang-undang dan amalan tadbir urus terbaik dalam pengurusan skim pelaburan, instrumen pasaran modal dan aset.
Sokongan itu meliputi pembangunan segmen seperti CIS, PRS, REIT dan aset digital, dengan perkhidmatan pemegang amanah yang cekap membantu mengukuhkan infrastruktur kewangan.
Langkah ini sekali gus memacu pertumbuhan industri pelaburan serta membina ekosistem yang lebih inklusif dan berdaya saing.
Syarikat tersebut berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan diberi kuasa sebagai pemegang amanah untuk pelbagai skim termasuk Skim Pelaburan Kolektif (CIS), Bon Korporat serta Skim Persaraan Swasta (PRS).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


