KUALA LUMPUR: Pemimpin negeri menyeru seluruh rakyat menghargai kemerdekaan serta kedaulatan negara ini dengan mengekalkan perpaduan sebagaimana amanat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Kebangsaan 2023.
Anwar ketika menyampaikan amanat Hari Kebangsaan 2023 hari ini antara lain menekankan pentingnya perpaduan dalam mempertahankan kemerdekaan negara bagi menggilap Malaysia sebagai sebuah negara hebat.
Perdana Menteri berkata antara syarat untuk mencapai aspirasi itu adalah dengan memastikan "merdeka rakyat" iaitu sebuah masyarakat yang merdeka minda dan jiwanya serta bebas daripada pandangan pemikiran penjajah dan pemikiran jumud.
Di NEGERI SEMBILAN, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Muhamad Nahar Mohd Sidek berkata amanat yang disampaikan Perdana Menteri turut mengingatkan penjajahan itu bukan sahaja berlaku secara fizikal tetapi turut mempengaruhi minda.
"Jadi minda juga perlu merdeka supaya kita lebih sedar apa makna sebenar kemerdekaan yang telah dicapai selama ini," katanya.
Amanat sempena Hari Kebangsaan 2023 yang disampaikan oleh Perdana Menteri disaksikan penjawat awam negeri secara penstriman langsung di Dewan Theatrette, Wisma Negeri, Seremban.
Muhammad Nahar berkata Perdana Menteri juga menekankan bahawa sektor pendidikan memainkan peranan penting dalam mempertahankan kemerdekaan negara dan rakyat dapat memahami nilai demokrasi, hak asasi manusia dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara.
Di PAHANG, Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata mesej jelas Perdana Menteri supaya rakyat harus merdeka dalam erti sebenarnya perlu dihayati semua untuk membolehkan bangsa Malaysia bergerak dengan acuan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
Wan Rosdy yang menyertai hampir 800 individu menonton siaran langsung Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan bersama Perdana Menteri di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan, juga berkata aspek keharmonian kaum perlu diperkukuhkan.
"Keharmonian kaum teras perpaduan dan kita kena sedar Malaysia negara majmuk dengan pelbagai etnik. Jadi kita kena saling menghormati," katanya.
Di TERENGGANU, Penolong Pengarah Cawangan Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan Negeri Saharrudin Mohamed berkata penjawat awam perlu memainkan peranan penting dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang hebat.
Katanya antara perkara penting yang perlu dilakukan penjawat awam adalah dengan melaksanakan perubahan mengikut era digital kini yang lebih efektif dan efisien.
"Kita perlu terus bekerja keras untuk pastikan negara berkembang maju dan perlu meningkatkan tahap kecekapan supaya penyampaian perkhidmatan penjawat awam lebih cekap dan efektif," katanya.
Di PERLIS kira-kira 300 penjawat awam Persekutuan dan negeri menyaksikan siaran langsung amanat Perdana Menteri di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri.
Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis Mohd Azraai Zain Tusimin berkata setiap warganegara perlu memerdekakan jiwa untuk membantu kerajaan mempertahankan kemerdekaan bumi ini agar nikmat dapat dikecapi generasi akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2023
Amanat Hari Kebangsaan 2023 antara lain menekankan soal perpaduan dalam mempertahan kemerdekaan negara bagi menggilap Malaysia sebagai sebuah negara hebat. - Gambar fail
MIC nafi dakwaan wujud boikot secara senyap dalam parti
MIC menuntut agar portal media berkenaan mendedahkan sumber yang mengeluarkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang.
PRK KKB: Komuniti India diingatkan jadi pengundi bertanggungjawab - Ramanan
Ramanan berkata mereka tidak seharusnya termakan dengan sentimen yang digerakkan pihak tertentu yang menyeru mereka memboikot PRK berkenaan.
Penyokong, netizen diminta henti spekulasi isu keselamatan dalam bola sepak - Shahelmey
Spekulasi, provokasi dan penyebaran berita palsu, akan membuatkan isu itu semakin panas serta tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
Kemampanan penting dalam tangani isu perubahan iklim, bukan sekat perdagangan bebas - Tengku Zafrul
Prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat
Semua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.
Korea Selatan sasar kerjasama ketenteraan dengan Malaysia naik taraf K200 IFV
Korea Selatan menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menaik taraf armada Kenderaan Tempur Infantri K200 (IFV).
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
Pandang ke hadapan menerusi perpaduan kepelbagaian masyarakat - PM Najib
Perdana Menteri berkata detik-detik kebersatuan yang ditonjolkan rakyat Malaysia terutama menerusi sukan dan sosiobudaya perlu diteruskan.