HULU SELANGOR: Penantian kira-kira 260 penduduk Kampung Orang Asli Kerling di sini untuk mendapatkan perkhidmatan talian telekomunikasi berakhir, setelah kawasan itu kini mula menerima isyarat liputan daripada empat penyedia telekomunikasi utama, bermula Rabu.
Ini adalah setelah Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), mengambil inisiatif menjalankan pembuktian konsep (POC) Starlink, sebagai alternatif kepada gentian optik bagi sambungan teras ke menara Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), di kampung berkenaan.
Tok Batin Muhammad Taufik Abdullah, 55, yang gembira dan terharu dengan penyelesaian yang diambil kerajaan berkata penduduk termasuk hampir 100 pelajar di kawasan itu, kini dapat menikmati perkhidmatan telekomunikasi yang sempurna.
Beliau berkata sebelum ini, kampung berkenaan tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi dan keadaan ini memaksa mereka keluar ke jalan besar, dengan jarak kira-kira 6.5 kilometer daripada kampung untuk mendapatkan akses internet.
"Terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak yang merealisasikan impian kami untuk turut sama menikmati internet seperti orang di bandar. Saya bersama penduduk akan menjaga kemudahan ini sebaiknya," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.
Rudy Muhammad, 43, berkata pemasangan satelit Starlink dan penyediaan perkhidmatan telekomunikasi di kampung itu, amat membantu mengurangkan risiko penduduk terutamanya pada waktu kecemasan.
"Sebelum ini jika ada hal-hal kecemasan dan ada pihak yang perlu dihubungi, kita kena ke jalan besar. Bayangkan pada waktu malam dengan keadaan jalan yang gelap dan sempit, itu belum kira lagi waktu hujan. Jadi amat sukar dan menyusahkan terutama kepada golongan wanita.
"Jadi dah ada internet ini, hubungan dengan pihak luar itu jadi mudah. Kami tak perlu gadai keselamatan semata-mata untuk buat satu panggilan atau hantar mesej, dan anak-anak nak belajar pun misalnya guna YouTube sudah boleh," katanya yang berterima kasih kepada kerajaan di atas inisiatif berkenaan.
Sementara itu, Ani Gadong, 33, pula berkata kemudahan internet yang kini sudah mula boleh didapati di kampung itu, akan memudahkan dirinya untuk berkomunikasi dengan ibunya.
"Saya tinggal di pekan Kuala Kubu Baharu dan ibu yang berusia 60-an tinggal di sini. Kadang-kadang bila saya pulang ke rumah ibu, baru saya tahu ubat ibu habis dan ada barang-barang perlu dibeli.
"Kini semuanya mudah dan ibu boleh buat panggilan kepada saya pada bila-bila masa untuk kirim apa-apa," katanya.
Terdahulu, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching meninjau pengoperasian dua satelit Starlink di kampung berkenaan yang terletak kira-kira 18 kilometer daripada pekan Kuala Kubu Baharu.
Teo berkata Kampung Orang Asli Kerling, menjadi lokasi pertama di negara ini yang menjalankan POC Starlink, sebagai alternatif kepada gentian optik bagi capaian talian telekomunikasi yang lebih baik.
Penduduk kini dapat menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan utama iaitu CelcomDigi, Maxis, Redtone dan U Mobile.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024
Teo Nie Ching (kanan) melihat telefon pintar milik penduduk kampung yang telah mendapat sambungan internet ketika meninjau tapak projek 'Proof of Concept (PoC) Starlink' di Menara Kampung Orang Asli, Kerling pada Khamis. - Foto BERNAMA
AWANI-RareTV: Negara paling aman terletak di 'hujung' dunia
"Kamu sekarang berada di kampung Iceland, tiada jenayah di sini dan anda tidak perlu kunci."
Kementerian Perpaduan Negara pertimbang naik taraf kuil berusia lebih 100 tahun
Kuil Sri Maha Mariamam yang terletak di Ladang Kerilla, Tanah Merah itu dikunjungi penganut agama Hindu dari seluruh negara setiap hujung minggu.
Final UCL: Gelaran ke-15 Real Madrid lebih sukar dari dijangka - Ancelotti
Ancelotti berkata, ia bagaikan mimpi tetapi ia satu realiti.
Rakyat Israel gesa Netanyahu terima perjanjian yang dicadang Biden
Mereka menggesa Netanyahu menyokong perkara yang pada awalnya dicadangkan Israel dan diumumkan oleh Biden secara terbuka itu.
AWANI Ringkas: Bekas Datuk Bandar di Johor ditahan SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Real Madrid raja bola sepak Eropah
Real Madrid berdepan tentangan sengit Borussia Dortmund sebelum dua gol penghujung separuh masa kedua sentuhan Dani Carvajal dan Vinicius Junior.
Menteri Israel ancam jatuhkan kerajaan jika setuju gencatan senjata
Kedua-dua menteri juga tidak membenarkan perang ditamatkan tanpa penghapusan sepenuhnya Hamas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [2 Jun 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry;
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Tidak yakin lulus, masalah kesihatan antara faktor jumlah calon tidak duduki SPM meningkat
Malaysia kekal ungguli senarai Destinasi Mesra Muslim Terbaik 2024
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Tidak yakin lulus, masalah kesihatan antara faktor jumlah calon tidak duduki SPM meningkat
Malaysia kekal ungguli senarai Destinasi Mesra Muslim Terbaik 2024
Angkasawan bersedia untuk penerbangan pertama Starliner
CST-100 Starliner dengan dua orang angkasawan dijangka berlepas pada jam 12:25 tengah hari dari Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida.
Ringgit dijangka kekal dalam julat kecil berbanding dolar AS
Ringgit mungkin terus diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar AS minggu depan dengan tumpuan kepada mesyuarat FOMC dan data ekonomi AS.
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
Kampung Orang Asli Kerling lokasi pertama POC satelit Starlink di Malaysia - Teo
Pemilihan Starlink itu dilakukan memandangkan terdapat kesukaran untuk melakukan pemasangan gentian optik.
CelcomDigi perkenal logo korporat baharu, aspirasi jadi jenama dipercayai
CelcomDigi Bhd (CelcomDigi) memperkenalkan logo korporat baharunya selepas 10 bulan penggabungan antara Celcom Axiata Bhd dan Digi.com Bhd (Digi).
Maxis rekod keuntungan bersih RM1.181 bilion pada 2022
Menerusi satu kenyataan pada Khamis, Maxis berkata keuntungan pada tahun lepas merosot 9.7 peratus disebabkan Cukai Makmur yang dikenakan tahun tersebut.
'Jangan had konsep Rahmah kepada makanan sahaja'
Katanya, usaha itu perlu mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk syarikat swasta dan juga NGO.
Liputan 5G negara hampir cecah 50 peratus, lepasi sasaran awal 40 peratus - DNB
Rangkaian itu kini mencapai 15 juta penduduk melibatkan 3,900 tapak dan bakal capai lebih 30 juta orang serta perniagaan apabila dilaksana sepenuhnya.
Cadangan bina 105 struktur telekomunikasi baharu dalam peringkat akhir kelulusan
Kerajaan negeri bekerjasama dengan telco untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan rangkaian selular di kawasan luar bandar.
Berita baik berkaitan telekomunikasi menjelang Krismas untuk B40, M40
Terdapat permintaan di media sosial supaya beberapa perkara perlu diteliti dari segi kos dan mutu perkhidmatan.
Rangkaian 5G Malaysia raih pengiktirafan global di Anugerah Glotel London
Rangkaian Teras Operator Berbilang dan Pemetakan Sumber Dinamik untuk Rangkaian 5G Borong Nasional.
PRU15: [LAPORAN KHAS] 'Kami terputus hubungan dengan dunia luar sejak dahulu' - Orang Asli Berdut
Di kampung itu pernah berlaku kes kecemasan yang berakhir dengan kematian, gara-gara tidak dapat membuat panggilan kecemasan.