awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Claude Opus 4.6 dilancar, kemampuan pengaturcaraan dipertingkat, analisis kerja lebih menyeluruh
Intel sahkan grafik Xe3P akan diperkenal melalui siri CPU Nova Lake
Polis sahkan MPV guna siren, lampu biru di MEX untuk urusan rasmi kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran angin kencang dan laut bergelora hingga Khamis

Bernama
Bernama
18/10/2016
00:39 MYT
Amaran angin kencang dan laut bergelora hingga Khamis
Angin kencang barat daya berkelajuan 40 hingga 50km sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket, Reef North, Layang-layang dan Palawan sehingga Khamis ini.
Jabatan Meteorologi dalam kenyataan berkata keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
Sementara itu, angin kencang barat daya berkelajuan 40 hingga 50km sejam (kmsj) turut dijangka berlaku di kawasan perairan Selat Melaka Utara, Condore, Sulu dan Labuan dengan ombak mencapai 3.5m.
Ini termasuk kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak iaitu di Rejang, Mukah, Bintulu dan Miri dan di Sabah iaitu di Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan Sandakan.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, menurut kenyataan itu.
Pada masa yang sama, jabatan itu berkata kejadian air pasang besar di kawasan perairan Perlis, kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dijangka berlarutan sehingga Rabu ini. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angin kencang
#Jabatan Meteorologi
#laut bergelora
#taufan
#tengkujuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan