awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran angin kencang di beberapa kawasan malam tadi

Sinar Harian
Sinar Harian
23/07/2021
03:08 MYT
Amaran angin kencang di beberapa kawasan malam tadi
Angin kencang barat daya berkelajuan 50 hingga 60km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan Phuket. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan perairan Perak, Selangor, Terengganu, Kelantan dan Sabah Timur sehingga jam 11 malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer (km) sejam dan laut bergelora.
“Dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” katanya.
Dalam pada itu, jabatan itu turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua untuk perkapalan.
“Angin kencang barat daya berkelajuan 50 hingga 60km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan Phuket dan utara Reef North sehingga 27 Julai ini.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” katanya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian. Amaran angin kencang di beberapa kawasan malam tadi
Topic Berkaitan
#ribut petir
#angin kencang
#kawasan perairan
#Meteorologi Malaysia
#ombak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan