awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran banjir kilat di Kluang, Kota Tinggi dan Pontian

Bernama
Bernama
14/06/2023
12:34 MYT
Amaran banjir kilat di Kluang, Kota Tinggi dan Pontian
Banjir kilat diramal berlaku jika hujan yang signifikan berterusan di beberapa lokasi di daerah Kluang, Kota Tinggi dan Pontian. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di tiga daerah di negeri ini dalam tempoh 12 jam akan datang.
Menurut notis itu yang dikeluarkan 5 petang tadi, banjir kilat diramal berlaku jika hujan yang signifikan berterusan di beberapa lokasi di daerah Kluang, Kota Tinggi dan Pontian.
"Kawasan di daerah Kluang yang berisiko dilanda banjir kilat adalah Mukim Ulu Benut, Mukim Kahang serta kawasan sekitarnya, dengan Kota Tinggi pula melibatkan Mukim Johor Lama, Mukim Ulu Sungai Johor dan Mukim Sedili Besar.
"... manakala Pontian melibatkan Mukim Ayer Masin, Mukim Rimba Terjun, Mukim Pontian, Mukim Api-Api, Mukim Ayer Baloi, Mukim Sungai Pinggan, Mukim Benut serta kawasan sekitarnya," menurut kenyataan itu.
Penduduk juga diminta supaya mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir, menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh melayari laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my atau Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut mengenai banjir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#notis amatran
#Kluang
#Kota Tinggi
#Pontian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan