awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
Dua jeti di Port Dickson berwajah baharu, beri nilai tambah pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran cuaca waspada peringkat kuning di tiga negeri sehingga esok

Bernama
Bernama
16/12/2019
08:32 MYT
Amaran cuaca waspada peringkat kuning di tiga negeri sehingga esok
Hujan lebat dijangka melanda daerah Segamat; Kluang; Mersing; Kulai; dan Kota Tinggi di Johor, manakala Pahang di Jerantut; Maran; Kuantan; Bera; dan Rompin serta Dungun dan Kemaman di Terengganu. - Gambar fail
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning iaitu hujan lebat, di beberapa daerah di Johor, Pahang dan Terengganu sehingga esok, manakala amaran sama di Sabah sehingga Rabu.
Hujan lebat dijangka melanda daerah Segamat; Kluang; Mersing; Kulai; dan Kota Tinggi di Johor, manakala Pahang di Jerantut; Maran; Kuantan; Bera; dan Rompin serta Dungun dan Kemaman di Terengganu.
Hujan lebat Monsun Timur Laut itu menyebabkan sembilan daripada 10 daerah di Johor dilanda banjir manakala dua daerah di Pahang iaitu Rompin dan Temerloh turut terjejas.
Sehingga 1 tengah hari ini, seramai 9,435 orang daripada 2,258 keluarga dipindahkan di Johor dengan daerah yang terjejas ialah Muar; Mersing; Kota Tinggi; Kluang; Segamat; Pontian; Batu Pahat; Johor Bahru dan Kulai.
Di Pahang pula, hujan yang berlarutan sejak semalam menyebabkan mangsa banjir di Rompin meningkat sedikit tengah hari ini, kepada 1,055 orang daripada 271 keluarga berbanding 1,003 orang daripada 256 keluarga pagi tadi, manakala di Temerloh seramai 19 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
Sementara itu hujan lebat sehingga Rabu diramal melanda Keningau; Tambunan; Ranau; Kota Belud; Sandakan dan Kudat di Sabah.
Kriteria cuaca waspada atau jingga ialah hujan lebat berterusan (lebih enam jam) dijangka berlaku dalam tempoh satu hingga tiga hari atau hujan berterusan sedang berlaku tetapi belum mencapai tahap hujan lebat berterusan.
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur dalam tempoh itu.
Kejadian itu boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai di kawasan terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Batu Pahat
#Hujan lebat Monsun Timur Laut
#Johor Bahru
#Kemaman
#Kota Tinggi
#Kuala Lumpur
#Kuantan
#Malaysia
#mangsa
#mangsa banjir
#mati lemas
#Meteorologi Malaysia
#MetMalaysia
#Muar
#Pahang
#pusat pemindahan
#Rompin
#Sandakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan