Skip to main content

Malaysia

Amaran hujan berterusan di Sabah ditamatkan

81673342498_Percikanhujanlebat.jpg
KUALA LUMPUR: Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah yang dikeluarkan tengah malam Ahad lepas, kini ditamatkan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan tiada potensi hujan berterusan di negeri itu berdasarkan analisis model-model cuaca.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan itu.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video