awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Labuan, Sabah esok hingga 5 Nov

Bernama
Bernama
03/11/2025
10:15 MYT
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Labuan, Sabah esok hingga 5 Nov
Kawasan yang terlibat di Sabah ialah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Kudat. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Labuan dan beberapa kawasan di Sabah berkuat kuasa esok hingga 5 Nov.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terlibat di Sabah ialah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Kudat.
"Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi jabatan, aplikasi mudah alih myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan. Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut," menurut kenyataan itu.
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dikeluarkan yang dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta Sabah dan Sarawak hingga 7 malam ini.
Menurut MetMalaysia, situasi berkenaan dijangka melanda kawasan Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah di Kelantan; Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.
Selain itu, kawasan dijangka terjejas di Negeri Sembilan ialah Kuala Pilah, Jempol dan Tampin manakala di Melaka melibatkan Jasin serta Tangkak; Segamat, Muar dan Mersing di Johor.
Di Sarawak pula melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Limbang serta Pedalaman (Sipitang) di Sabah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amaran hujan lebat
#Sabah
#Labuan
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan