awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran hujan berterusan untuk Sabah, Sarawak, dan Labuan - MET Malaysia

Firdaus Azil
Firdaus Azil
17/10/2022
06:36 MYT
Amaran hujan berterusan untuk Sabah, Sarawak, dan Labuan - MET Malaysia
MET Malaysia berkata, orang awam di kawasan terlibat dinasihatkan untuk lebih peka dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jabatan Metereologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) untuk Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 18 Oktober 2022.
Dalam satu kenyataan hari ini, jabatan itu berkata, amaran itu dikeluarkan kerana Ribut Tropika Kuat Nesat kini berada di kedudukan 19.7°U 117.2°T di barat laut Filipina dijangka bergerak ke arah barat menuju Pulau Hainan.
Keadaan itu, katanya lagi, menyebabkan angin kencang di Laut China Selatan, dan ramalan terkini menunjukkan sistem ini dijangka meningkat ke tahap Taufan menjelang malam ini.
AMARAN HUJAN BERTERUSAN (Waspada). Dikeluarkan pada: 8:10 pagi, 17 Oktober 2022#amaranhujanberterusan#metmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/l0EVgtpi15
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) October 17, 2022
“Dalam masa yang sama, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora Kategori Pertama telah dikeluarkan pada 9:50 malam, 15 Oktober 2022 dengan kelajuan angin antara 40 hingga 50 km/jam.
“Ketinggian ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di kawasan perairan Laut China Selatan khususnya di perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan dan Labuan. dalam tempoh 18 Oktober 2022 sehingga 20 Oktober 2022,” katanya lagi.
Sehubungan itu MET Malaysia berkata, orang awam di kawasan terlibat dinasihatkan untuk lebih peka dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.
“Maklumat cuaca terkini boleh diperolehi melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, dan media sosial rasmi. Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#met malaysia
#amaran hujan lebat
#Ribut Nesat
#pulau hainan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan