awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM pergiat usaha jejak saki-baki Geng Kapten Praba
Dokumentari "Itui suli-suli Bajau!" angkat kisah komuniti Bajau Laut Sabah
Pulau Pinang akan laksana projek perintis sangkar bulat marin berteknologi HDPE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran hujan lebat berterusan di pantai timur dan Johor hingga Khamis

Bernama
Bernama
16/12/2025
12:15 MYT
Amaran hujan lebat berterusan di pantai timur dan Johor hingga Khamis
Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang dan Johor bermula hari ini hingga Khamis. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang dan Johor bermula hari ini hingga Khamis.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata amaran tahap buruk yang dikeluarkan pada 4.45 petang ini melibatkan Dungun dan Kemaman di Terengganu, manakala di Pahang membabitkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan serta Rompin sementara di Johor kawasan terlibat adalah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi
Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada bagi tempoh sama juga diramal melanda seluruh Kelantan serta Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu.
Amaran tahap waspada itu juga melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera di Pahang serta daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca serta saluran media sosial rasmi MetMalaysia dan talian 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amaran hujan lebat
#Pantai Timur
#MetMalaysia
#khamis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan