awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran hujan lebat tahap buruk di Pahang, Johor sehingga 14 Januari - MetMalaysia

Astro Awani
Astro Awani
12/01/2024
02:21 MYT
Amaran hujan lebat tahap buruk di Pahang, Johor sehingga 14 Januari - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk sehingga 14 Januari depan di dua buah negeri iaitu Pahang dan Johor. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk sehingga 14 Januari depan.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran tersebut melibatkan dua buah negeri iaitu Pahang dan Johor.
Di Pahang, ia melibatkan satu daerah iaitu Rompin, manakala Johor merangkumi daerah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.
Dalam pada itu, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan terhadap dua negeri tersebut.
Ia melibatkan daerah Pekan di Pahang, manakala enam daerah di Johor merangkumi Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada yang berkuat kuasa hari ini melibatkan beberapa kawasan di Sarawak seperti Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah.
"Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.
"Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut," katanya.
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#hujan lebat tahap buruk
#MetMalaysia
#amaran hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan