KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Sarawak hingga Isnin depan.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan itu diramal berlaku di Kuching, Serian, Samarahan dan Mukah.
Jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Bintulu (Tatau dan Bintulu), Sarawak serta di Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat, Sabah dalam tempoh yang sama.
Sementara itu, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim (Perak), Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor juga dijangka mengalami hujan berterusan (waspada) bermula Selasa (28 Feb) hingga Rabu depan.
MetMalaysia menerusi hantaran di laman Facebook rasmi turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) di perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan Sarawak, Sabah Barat dan Labuan hingga Rabu depan.
Keadaan itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi dan sukan laut.
Dalam hantaran itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran kenaikan paras air laut di perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan bermula esok hingga Selasa depan yang boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai.
Amaran angin kencang dan laut bergelora untuk perkapalan (kategori tiga) dengan kelajuan melebihi 60 kilometer sejam (km/j) serta ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter dijangka turut berlaku di perairan Condore, utara Bunguran dan Barat Reef North hingga Rabu depan.
Amaran sama bagi kategori dua dengan angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 km/j dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter pula dijangka berlaku di perairan Samui, Tioman, selatan Bunguran, Timur Reef North, Reef South, Layang-Layang, Labuan dan Barat Palawan hingga Rabu depan.
Menurut MetMalaysia, kedua-dua keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai termasuk menangkap ikan, perkapalan, perkhidmatan feri dan pekerja di pelantar minyak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 25 2023

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Sarawak hingga Isnin depan. - Gambar fail/BERNAMA

Liga Super: Paulo Josue julang KL City di Kuantan
KL City FC kembali ke landasan kemenangan selepas mengatasi Sri Pahang FC, 2-1, di Stadium Darul Makmur.

APG 2023: Atlet renang, olahraga sumbang lapan emas
Kontinjen Malaysia ke APG 2023 tidak mengecewakan apabila meraih lapan emas, enam perak dan tiga gangsa di bumi Kemboja pada Ahad.

Zaquan Adha belum rancang bersara susulan ACL kelima
Bekas penyerang Harimau Malaya tersebut mengalami nasib buruk itu ketika bertemu Kuching City dalam perlawanan suku akhir Piala FA.

Petugas media CNA maut dalam kemalangan di Lebuhraya Karak
Motosikal yang ditunggangi mangsa hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

Naik taraf, perindah medan selera demi keselesaan rakyat - Pakar
Seruan itu bertepatan kerana memenuhi cita rasa budaya rakyat yang suka menjamu selera di medan selera, gerai serta warung bersama keluarga.

Hentikan politik guna modal kaum, agama - Mujibu Muis
Hentikan berpolitik secara retorik menggunakan modal kaum dan agama sebagai asas untuk meraih populariti dan sokongan.

'Wolverine' dikesan di California, kedua disahkan dalam tempoh 100 tahun
Seekor wolverine liar dikesan beberapa kali di California bulan lepas, menurut Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California.

PRN: PH, BN Selangor selesai runding agihan 49 kerusi DUN
Datuk Seri Amirudin Shari, yang juga Menteri Besar Selangor, berkata agihan tujuh lagi kerusi masih dalam rundingan.

Malaysia perkukuh kerjasama pertahanan menerusi Dialog Shangri-La 2023
Perkara itu selaras dengan tonggak ketiga strategi pertahanan negara yang menekankan perkongsian berwibawa.

Pemain kriket wanita tagih pendedahan antarabangsa
Mereka perlu bersaing di luar negara sekurang-kurangnya sebulan sekali berbanding purata tiga hingga empat kali setahun.

Negara dijangka tidak akan berhadapan krisis bekalan air seperti 1998 - SPAN
Malaysia dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air seperti yang pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini.

El Nino burukkan jerebu di Malaysia
Musim panas yang panjang meningkat kemungkinan berlaku kebakaran hutan, memburukkan lagi keadaan jerebu.

Gempa bumi kuat di rantau sempadan Panama-Colombia
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 1,471 kilometer (km) utara dari Iquitos, Peru dengan kedalaman 48km.

Hujan lebat, angin kencang diramal 24 hingga 31 Mei - MetMalaysia
MetMalaysia meramalkan hujan lebat dan angin kencang di negeri-negeri utara Semenanjung dan barat Sabah serta kawasan perairannya pada Rabu sehingga 31 Mei depan.

Dua gempa bumi kuat landa Kepulauan Loyalty
Gempa bumi pertama berlaku pada 9.15 pagi itu berpusat di 913 kilometer (km) barat daya dari Nadi, Fiji pada kedalaman 58 km.

MetMalaysia keluar amaran cuaca panas tahap satu di 8 kawasan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di lapan kawasan Semenanjung Malaysia.

Cuaca panas: Pembenihan awan di tujuh empangan - TPM
Kerajaan akan melakukan pembenihan awan di tujuh kawasan empangan yang mengalami penyusutan paras air berikutan cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

30 kawasan di Semenanjung hadapi cuaca panas tahap berjaga-jaga
Sebanyak 30 kawasan di Semenanjung Malaysia dilaporkan berada dalam status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga.

Amaran tahap satu, tujuh negeri catat suhu melebihi 35 darjah Celsius
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di tujuh negeri sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut bermula Khamis.

Baling, Hulu Perak, Kinta, Manjung, Mukah catat cuaca panas tahap berjaga-jaga
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi empat kawasan di Semenanjung dan satu kawasan di Sarawak.