awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri sehingga 4 petang ini - MetMalaysia

Bernama
Bernama
09/04/2025
07:12 MYT
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri sehingga 4 petang ini - MetMalaysia
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 11 negeri sehingga 4 petang ini. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 11 negeri sehingga 4 petang ini.
Menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan pada 2 petang itu, MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat ialah seluruh Perlis, Kedah dan Pulau Pinang serta Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar serta Batang Padang).
Keadaan cuaca sama diramal berlaku di Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun danKemaman) dan Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin).
Ribut petir dan hujan lebat turut diramalkan di seluruh Melaka, manakala Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Sementara itu, di Sarawak meliputi kawasan Miri (Telang Usan) dan Limbang, manakala di Sabah melibatkan kawasan pedalaman di Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan, bahagian Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#maran ribut petir
#hujan lebat
#di 11 negeri
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan