Skip to main content

Malaysia

Amaran ribut petir, hujan lebat di seluruh negara hingga 9 malam ini - MetMalaysia

61588865096_Lightining.jpg
KUALA LUMPUR:Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di hampir seluruh negara, sehingga 9 malam ini (Rabu).

MetMalaysia dalam satu ciapan di laman Twitter rasminya memaklumkan amaran itu dikeluarkan di seluruh Perlis, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Beberapa negeri lain yang turut dijangka mengalami cuaca buruk ialah beberapa kawasan di tujuh negeri lain iaitu Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.

Berikut perincian kawasan-kawasan yang terlibat di tujuh negeri berkenaan:

1. Kedah

Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

2. Perak

Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak.


BACA: MetMalaysia keluarkan amaran cuaca buruk, waspada di tiga negeri

3. Pahang


Tanah Tinggi Cameron, Pekan dan Rompin.

4. Selangor

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langar dan Sepang.

5. Johor

Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

6. Sarawak

Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau).

7. Sabah

Pedalaman (Kuala Penyu), Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Selasa mengeluarkan Amaran Cuaca Buruk dan Waspada peringkat jingga dan kuning terhadap tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.


Amaran Cuaca Buruk (jingga) dikeluarkan terhadap kawasan-kawasan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Putih di Kelantan.

Advertisement

Must Watch Video