Datuk Seri Najib Razak menyeru rakyat Malaysia mengambil ibrah (iktibar) daripada peristiwa Israk Mikraj agar dapat memberi sinergi dan semangat baharu untuk terus mempertahankan kedaulatan negara.
Perdana Menteri berkata semua rakyat perlu menyedari niat jahat Zionis yang sentiasa menyerang dan menimbulkan isu dan polemik termasuk di Malaysia.
Justeru, katanya, seluruh rakyat Malaysia perlu memastikan niat dan agenda jahat Zionis ditentang dan disekat habis-habisan kerana ia boleh menghancurkan negara.
"Jangan kita terkejut kerana ada tangan Zionis dalam beberapa pertubuhan termasuk pertubuhan politik yang mahukan kemenangan kerana bercita-cita untuk menguasai negara.
"Kita tidak rela negara tanah tumpah kita digadaikan oleh mereka yang tiada rasa cintakan negara," katanya semasa berucap pada majlis sambutan Israk Mikraj Peringkat Kebangsaan 2018/1439 Hijrah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini, malam tadi.
Menyentuh mengenai usaha untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa dan Palestin daripada cengkaman Zionis, Najib berkata umat Islam di seluruh dunia yang kini mencecah 1.8 bilion perlu bersatu-padu dan mengelakkan perpecahan.
"Umat Islam mewakili suara besar di pentas antarabangsa namun jumlah yang besar itu tidak mendatangkan kekuatan andainya kita sering bertelingkah, fitnah memfitnah dan berperang serta bertelagah sehingga mengundang perpecahan.
"Dalam Islam, berbeza pendapat dibenarkan bagaimanpun perpecahan umat amat dilarang kerana kesannya boleh menghancurkan negara," katanya.
Oleh itu, katanya, langkah tuntas perlu diambil dalam usaha mewujudkan perdamaian susulan unjuran terbaru menjangkakan umat Islam akan mencecah tiga bilion orang pada 2050.
Majlis anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Yayasan MyAQSA itu julung kali diadakan bagi mendekatkan lagi Masjid Al-Aqsa sebagai masjid ketiga paling suci bagi umat Islam dengan hati dan sanubari rakyat Malaysia.
Tetamu khas pada majlis tersebut ialah Imam Besar Masjid Al-Aqsa, yang juga bekas Mufti Palestin, Sheikh Dr Ekrima Saed Sabri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 14 2018
Najib menerima Surat Penghargaan Masjid Al-Aqsa daripada Sheikh Dr Ekrima pada Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Kebangsaan 2018M/1439H di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, malam tadi. --fotoBERNAMA
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Ambil iktibar peristiwa Israk Mikraj pertahan kedaulatan negara - Najib
Perdana Menteri berkata semua rakyat perlu menyedari niat jahat Zionis yang sentiasa menyerang dan menimbulkan isu dan polemik termasuk di Malaysia.