awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ambil semangat, iktibar daripada filem Mat Kilau

Sinar Harian
Sinar Harian
03/07/2022
02:13 MYT
Ambil semangat, iktibar daripada filem Mat Kilau
NASIM: Kisah Mat Kilau wajar menjadi iktibar anak muda dalam usaha kita melawan rasuah dan penyelewengan. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu perlu mengambil iktibar daripada kisah perjuangan Mat Kilau yang tidak tergoda dengan pangkat dan wang ketika menentang penjajah.
Presiden Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (Pemuda GEMA), Nasim Ralim berkata, kisah Mat Kilau menjadi fenomena di negara ini berikutan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan sedang popular di pawagam.
“Pada ketika Mat Kilau dan pahlawan Melayu menghadapi cabaran luaran menghalau penjajah Inggeris yang cuba mengaut keuntungan daripada hasil bumi Tanah Melayu, mereka juga terpaksa menongkah cabaran dalaman apabila dikhianati oleh tali barut British yang mengambil rasuah dan berpeluk tubuh demi keuntungan peribadi.
“Dalam usaha kita melawan rasuah dan penyelewengan, kisah Mat Kilau ini wajar menjadi iktibar anak muda,” katanya kepada kru Rasuah Busters.
Menurut Nasim, diulit rasa sedih, kecewa dan marah melihat bagaimana masyarakat Melayu ketika itu diperkotak-katikkan oleh penjajah, filem itu berjaya membakar semangat penonton yang tidak mahu perkara sama berulang di tanah air tercinta.
“Namun, adakah kita semua sedar perkara sama atau lebih buruk bakal terjadi sekiranya kita tidak membendung amalan rasuah yang berleluasa di negara ini?” soalnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mat Kilau
#Pemuda GEMA
#Nasim Ralim
#kisah perjuangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan