awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ambrin sedia jadi saksi siasatan semula 1MDB

Bernama
Bernama
10/09/2018
20:57 MYT
Ambrin sedia jadi saksi siasatan semula 1MDB
Tengku Sulaiman menyampaikan Anugerah Khas Tokoh Maal Hijrah 1440H kepada Ambrin pada Majlis Ambang Hijrah dan Sambutan Maal Hijrah Negeri Selangor 1440H/2018M di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, 10 Sept, 2018. --fotoBERNAMA
Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menyatakan kesediaannya menjadi saksi berhubung siasatan semula skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ambrin yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Khas Isu-Isu Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Negara di Kementerian Kewangan, berkata beliau akan memberi kerjasama penuh berhubung kes terbabit.
"Kita punya laporan (Laporan Ketua Audit Negara) itu juga telah digunakan sebagai asas kepada siasatan lanjut (skandal 1MDB).
"Kalau kerajaan bawa kes ke mahkamah dan saya dipanggil menjadi saksi, saya akan bekerjasama," katanya ketika ditemui selepas majlis sambutan ambang Maal Hijrah 1440 negeri Selangor di sini malam tadi.
Terdahulu pada majlis itu, Ambrin menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1440 negeri Selangor yang disampaikan oleh Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah.
Pada Ogos lepas, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul supaya Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara menyiasat semula penyelewengan dan skandal 1MDB serta syarikat berkaitan dengannya.
Usul itu dibentang oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mencadangkan siasatan dibuat supaya maruah Dewan Rakyat dapat dipulihkan manakala segala maklumat berkaitan harus didedahkan kepada umum.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1MDB
#Ambrin Buang
#Dewan Rakyat
#kerjasama
#Ketua Audit Negara
#penyelewengan
#saksi
#Selangor
#siasatan
#Skandal
#Tokoh Maal Hijrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan