KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat bersama pelabur di New York, Amerika Syarikat dari 14 April hingga 16 April, 2024.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata mesyuarat tersebut diadakan bersempena dengan kehadiran Amir Hamzah di Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa dan Kumpulan Bank Dunia 2024 di Washington DC, Amerika Syarikat dari 17 April sehingga 19 April, 2024.
"Pelabur menunjukkan minat yang tinggi untuk memahami asas dan potensi ekonomi Malaysia serta kemajuan melaksanakan agenda pembaharuan Ekonomi MADANI.
"Keyakinan pelabur lebih kukuh ekoran pembaharuan fiskal yang telah dilaksanakan kerajaan termasuk mengurangkan defisit, Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal serta subsidi bersasar elektrik dan air," kata beliau.
Mesyuarat dan sesi dialog bersama pelabur kewangan dan pasaran modal itu diadakan untuk memberi penerangan mengenai kedudukan semasa ekonomi dan perancangan kerajaan bagi terus mengukuhkan kewangan negara serta memudah cara pelaburan.
Pertemuan bersama pelabur antarabangsa seperti pengurus dana dan bank pelaburan itu juga akan menjelaskan hala tuju pelaksanaan kerangka Ekonomi MADANI.
Pada 15 April, Amir Hamzah telah mengadakan sesi libat urus dengan para pelabur dan dalam sesi libat urus bersama pelabur yang dijadualkan di New York pada 16 April, 2024, beliau dijangka bertemu dengan seramai 50 pelabur global pelbagai bidang industri dan perniagaan Amerika Syarikat.
Sesi libat urus ini adalah penting bagi memberi penjelasan mengenai perkembangan dasar-dasar utama kerajaan termasuk pembaharuan fiskal untuk memastikan kemampanan fiskal dan hutang negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 15 2024
Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat bersama pelabur di New York, Amerika Syarikat dari 14 April hingga 16 April, 2024. - Gambar fail/BERNAMA
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, Bank Dunia di Washington
Amir Hamzah mengetuai delegasi Malaysia ke Washington, Amerika Syarikat bagi menghadiri Mesyuarat Musim Bunga IMF dan Kumpulan Bank Dunia.
Amir Hamzah ketuai delegasi ke mesyuarat bersama pelabur di New York
Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat bersama pelabur di New York, Amerika Syarikat dari 14 April hingga 16 April, 2024.
'Saya seorang teknokrat, bukan ahli politik' - Amir Hamzah
"Saya tidak berjuang untuk menawan mana-mana kerusi (Parlimen) kerana ini tiada dalam DNA (genetik) keluarga saya."
Tatakelola baik penting untuk kerajaan jayakan pelaksanaan dasar - Amir Hamzah
Tatakelola yang baik adalah penting bagi Kerajaan Perpaduan untuk menjayakan pelaksanaan pelbagai dasar.
Rombakan Kabinet: Amir Hamzah mulakan tugas Menteri Kewangan II selepas angkat sumpah
Amir Hamzah yang merupakan bekas CEO KWSP adalah teknokrat kedua dilantik menggalas tanggungjawab di Kementerian Kewangan dengan berlatar belakang korporat.
Kabinet Baharu Kerajaan Perpaduan: Lima Menteri, lima Timbalan Menteri selesai angkat sumpah
Kesemua lima menteri baharu Persekutuan selesai mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia, Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah.
Rombakan Kabinet: Lantikan ahli korporat jadikan kementerian bebas tekanan politik - PM
Kementerian Kewangan perlu memberi tumpuan pada ekonomi dan tidak dicerminkan oleh tekanan politik, kata PM Anwar.
PM Anwar ke Istana Negara 2.30 petang ini
Perdana Menteri juga akan mengadakan sidang media mengenai rombakan Kabinet pada pukul 11 pagi ini.
Mubarak sokong wujudkan Menteri Kewangan II
Katanya, jika jawatan itu wujud, tidak timbul masalah bagi PM untuk terus kekal sebagai Menteri Kewangan walaupun berdepan jadual padat.
Sebutan semula kes rasuah Bung Moktar, Zizie Izette 4 Julai
Mahkamah Sesyen menetapkan 4 Julai depan untuk sebutan semula kes Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette atas dakwaan rasuah.