awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rombakan Kabinet: Amir Hamzah mulakan tugas Menteri Kewangan II selepas angkat sumpah

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
12/12/2023
22:30 MYT
Rombakan Kabinet: Amir Hamzah mulakan tugas Menteri Kewangan II selepas angkat sumpah
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang baru dilantik sebagai Menteri Kewangan II memulakan tugas secara rasmi pada Selasa petang di pejabat Kementerian Kewangan, Putrajaya.
PUTRAJAYA : Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang baru dilantik sebagai Menteri Kewangan II memulakan tugas secara rasmi pada Selasa petang.
Beliau tiba di Kompleks Kementerian Kewangan di sini, sejurus selesai Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia, Sumpah Simpan Rahsia dan Pengurniaan Surat Cara Pelantikan di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Ketibaan beliau disambut Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican dan warga Kementerian Kewangan.
Beliau kemudiannya diberikan taklimat ringkas oleh Johan yang turut disertai oleh Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Amir Hamzah yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif KWSP adalah teknokrat kedua dilantik menggalas tanggungjawab di Kementerian Kewangan dengan berlatar belakang korporat.
Beliau mengikuti jejak bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd pada 27 Februari 2015 hingga 9 Mac 2020.
Amir Hamzah menyertai KWSP yang merupakan dana persaraan terbesar negara dari segi aset di bawah pengurusan sebagai ketua pegawai eksekutif pada Mac 2021.
Sebelum itu, beliau menduduki kerusi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) dari April 2019 hingga Februari 2021.
Topic Berkaitan
#rombakan kabinet
#Kabinet Malaysia 2023
#Amir Hamzah Azizan
#Menteri Kewangan II
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan