awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amir Khan dihukum Sogit lapan ekor kerbau, lapan buah gong di Sabah

Bernama
Bernama
21/07/2020
13:09 MYT
Amir Khan dihukum Sogit lapan ekor kerbau, lapan buah gong di Sabah
Sekiranya gagal membayar sogit itu, Amir Khan berdepan hukuman denda sebanyak RM4,000 atau 16 bulan penjara atau kedua-duanya.
Seorang warga Pakistan dikenakan hukuman Sogit (denda adat) lapan ekor kerbau dan lapan buah gong oleh Mahkamah Anak Negeri di sini hari ini selepas mengaku menghina suku kaum Kadazandusun bulan lepas.
Amir Khan Nawati, 50, mengaku melakukan perbuatan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim yang juga Ketua Daerah Kota Marudu Datuk Baintin Adun, Ketua Anak Negeri Ramli Madina serta beberapa pemimpin suku kaum Kimaragang Tandek.
Pemegang taraf pemastautin tetap itu didakwa menghina dan secara sengaja menjatuhkan maruah suku kaum Kadazandusun, Kimaragang dan Cina menerusi satu rakaman suara berdurasi lima minit yang tular di media sosial Facebook pada 8 Jun lepas.
Sekiranya gagal membayar sogit itu, Amir Khan berdepan hukuman denda sebanyak RM4,000 atau 16 bulan penjara atau kedua-duanya.
Difahamkan Amir Khan akan melunaskan Sogit itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#adat
#denda
#Dusun
#kadazan
#kaum
#menghina
#sogit
#suku
#warga Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan