awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ammar, penerbit 'Sukan Tak Sentral' didakwa hari ini

Astro Awani
Astro Awani
06/06/2017
08:05 MYT
Ammar, penerbit 'Sukan Tak Sentral' didakwa hari ini
Ammar (gambar) didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan. -Gambar Instagram armadaammar
Pengacara dan penerbit rancangan "Sukan Tak Sentral" didakwa di Mahkamah Majistret di Sibu atas kesalahan membuat kenyataan menghina mendiang bapa kepada bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek.
Memetik laporan Utusan Malaysia, pengacara Azizul Ammar Abu Hassan, 30, atau Ammar didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana penghinaan yang disengajakan dengan niat untuk mencetuskan gangguan.
Penerbit Abdul Ghani Mohd Mokhtar, 41, turut didakwa atas kesalahan sama.
Jika disabitkan kesalahan, ia membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Primeworks Studios Sdn Bhd (PWS) Datuk Ahmad Izham Omar mengemukakan permohonan maaf kepada keluarga Watson atas kesilapan itu.
BACA: Pengacara Sukan Tak Sentral digantung tugas, program ditamatkan
Di sidang media yang sama, Ammar sendiri turut hadir untuk bertemu keluarga Watson dan meminta maaf.
Bagaimanapun, Watson dan keluarganya dilaporkan menolak permohonan maaf itu dan tetap akan meneruskan prosedur undang-undang.
Topic Berkaitan
#Ahmad Izham Omar
#Azizul Ammar Abu Hassan
#Seksyen 504 Kanun Keseksaan
#Sukan Tak Sentral
#Watson Nyambek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan