awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir bertambah buruk di Sarawak, 2,831 mangsa dipindahkan ke 39 PPS
PRK Kinabatangan, Lamag: Jalan sekitar pusat penamaan calon mula ditutup
PM Australia beri amaran cuaca melampau dan berbahaya ketika kebakaran hutan marak di Victoria
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amuk serang pelanggan dengan parang, pemilik bengkel direman 4 hari

Astro Awani
Astro Awani
17/12/2018
13:41 MYT
Amuk serang pelanggan dengan parang, pemilik bengkel direman 4 hari
Dua lelaki direman empat hari bermula hari ini susulan insiden pergaduhan di antara pemilik bengkel dan pelanggan di Taman Putra Perdana. -Video viral ihsan pembaca
Dua lelaki direman empat hari bermula hari ini susulan insiden pergaduhan di antara pemilik bengkel dan pelanggan di Taman Putra Perdana, Puchong tengah hari semalam yang tular di laman sosial hari ini.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abd Aziz Ali berkata kejadian berlaku kira kira jam 5.45 petang semalam selepas pemilik sebuah kereta Alza datang ke bengkel berkenaan.
Namun bengkel itu ditutup kerana cuti hujung minggu.
Pemilik bengkel didakwa meminta mangsa membayar kos pembaikan kenderaan sebanyak RM410 dan tambahan RM200 kerana perlu datang pada hari Ahad.
Ketidakpuasan hati tentang pembayaran menyebabkan pertengkaran kedua-dua pihak yang kemudiannya merebak kepada pergaduhan sebelum mangsa diserang suspek dengan parang dan pemadam api.
Mangsa mengalami kecederaan dan sempat melarikan diri sebelum menjalani rawatan di Hospital Putrajaya sebagai pesakit luar.
Hasil siasatan juga mendapati suspek turut merosakkan beberapa kenderaan awam.
Sejurus kejadian, kedua-dua suspek melarikan diri ke dalam bengkel mereka namun berjaya ditahan polis tidak lama kemudian.
Polis sedang melengkapkan siasatan sebelum menyerahkan kepada pihak pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Topic Berkaitan
#hospital putrajaya
#Kanun Keseksaan
#merusuh
#pemilik bengkel
#pendakwaraya
#rosak kenderaan awam
#Seksyen 148
#serang pelanggan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan