awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak bunuh ibu di Kota Warisan

Sinar Harian
Sinar Harian
04/07/2018
06:32 MYT
Anak bunuh ibu di Kota Warisan
Menurut sumber, pasukan forensik yang tiba mendapati terdapat kesan lebam pada kedua-dua belah tangan dan perut mangsa berusia 60 tahun itu. - Foto Sinar Harian
Seorang wanita ditemui mati di kediamannya di Taman Warisan Indah, Kota Warisan,di sini, dipercayai dibunuh oleh anak lelakinya yang mempunyai masalah mental, malam tadi.
Polis dimaklumkan kejadian tersebut selepas menerima panggilan kira-kira jam 8.05 malam.
Menurut sumber, pasukan forensik yang tiba mendapati terdapat kesan lebam pada kedua-dua belah tangan dan perut mangsa berusia 60 tahun itu.
Malah gigi dan hidung mangsa juga patah selain kesan berdarah di bibir dipercayai dihentak dengan objek.
"Siasatan awal mengesyaki mangsa yang juga merupakan kakitangan kerajaan telah diserang anaknya (suspek) berdasarkan terdapat kesan pergelutan di dinding pintu masuk ke rumah dan kesan darah di sofa di ruang tamu.
"Selain itu, ada juga kesan mangsa diheret ke bilik tidur bawah bersebelahan dapur. Kita juga percaya suspek ada menggunakan mop lantai untuk membersihkan kesan darah di lantai," katanya.
Susulan itu, polis telah berjaya menahan suspek berusia 25 tahun kira-kira setengah jam kemudian di lokasi kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Difahamkan, suspek dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental sejak dilahirkan dan perlu menjalani rawatan dan makan ubat setiap hari untuk mengawal masalah mental yang dialami. Rawatan terbaru yang diambil oleh saspek kira-kira dua minggu lepas di Hospital Pantai, Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#anak sakit mental
#bunuh
#bunuh ibu
#mangsa
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan