awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak dan ayah sama-sama 'buat kerja' seludup minuman keras

Bernama
Bernama
13/07/2018
07:44 MYT
Anak dan ayah sama-sama 'buat kerja' seludup minuman keras
Polis Marin Wilayah 3 merampas 7,794 minuman keras seludup dianggarkan bernilai hampir RM70,000 yang didalangi dua beranak dalam dua serbuan berasingan di sini, semalam. - Bernama
Polis Marin Wilayah 3 merampas 7,794 minuman keras seludup dianggarkan bernilai hampir RM70,000 yang didalangi dua beranak dalam dua serbuan berasingan di sini, semalam.
Komandernya ACP Norzaid Muhammad Said berkata suspek berumur 32 tahun yang juga seorang peniaga ditahan pada 11.50 pagi dalam serbuan di sebuah pasar mini manakala ayahnya, 59, ditahan di sebuah gudang di Jalan Haji Ahmad di sini, kira-kira dua jam kemudian.
"Serbuan di pasar mini menemukan 618 tin dan 48 botol minuman keras pelbagai jenama di stor belakang pasar mini yang dianggarkan bernilai RM4,612.50.
"Hasil siasatan, suspek pertama telah menunjukkan arah ke gudang berkenaan yang mana terdapat 7,128 tin minuman keras, keseluruhannya dianggarkan bernilai RM63,936," katanya pada sidang media di Jeti Markas Polis Marin Wilayah 3 di sini, hari ini.
Beliau berkata pihaknya percaya minuman keras itu adalah untuk edaran di kedai sekitar daerah ini dan siasatan masih dijalankan bagi mengetahui dari manakah minuman keras tersebut diperoleh kerana terdapat lambing bebas cukai pada kotak minuman itu.
Kedua-dua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenayah
#minuman keras
#polis marin
#seludup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan