Seorang daripada anak Allahyarham Datin Habibah Mahmud dijangka tiba ke Pakistan hari ini bagi membantu urusan pengecaman mayat ibunya.
Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Aiyub Omar berkata kehadiran anggota keluarga itu bagi membolehkan ujian DNA dilakukan.
Beliau berkata jenazah isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar tersebut dijangka tiba di pangkalan tentera di Islamabad dari Gilgit dengan pesawat tentera Pakistan hari ini.
"Jenazah Allahyarham akan ditempatkan buat sementara waktu di Combined Military Hospital Rawalpindi, kira-kira setengah jam perjalanan dari ibu negara Pakistan, Islamabad," katanya ketika dihubungi Bernama.
Turut diterbangkan ke Islamabad ialah jenazah duta besar Norway dan Filipina serta jenazah isteri kepada duta besar Indonesia.
Habibah merupakan antara tujuh mangsa yang dilapor terbunuh apabila helikopter yang dinaiki mereka terhempas di kawasan Lembah Naltar di wilayah Gilgit-Baltistan.
Aiyub berkata beliau dimaklumkan bahawa kerajaan Pakistan akan membantu urusan membawa pulang jenazah Habibah ke Malaysia.
Kementerian Luar Malaysia semalam mengesahkan Hasrul Sani cedera dalam kejadian itu dan kini dirawat di Hospital Gilgit.
Beliau berkata beliau masih belum dapat melawat Hasrul Sani kerana Hospital Gilgit terletak agak jauh dari Islamabad.
"Saya ada menghubungi beliau semalam dan hari ini melalui telefon. Beliau mengalami lecur tujuh peratus di bahagian muka dan tangan, tapi boleh bercakap dengan baik," katanya.
Dalam nahas berkenaan, helikopter tersebut membawa rombongan diplomat asing dan isteri masing-masing untuk mengikuti program rasmi kerajaan Pakistan.
BACA: Duta muat naik gambar di Facebook sebelum nahas helikopter
BACA: Nahas Pakistan: Habibah sempat hubungi keluarga pagi sebelum nahas
BACA: Isteri duta Malaysia ke Pakistan maut dalam nahas helikopter
Bernama
Sat May 09 2015
Seorang daripada anak Habibah (tiga dari kiri) dijangka tiba ke Pakistan hari ini bagi membantu urusan pengecaman mayat ibunya.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
DNA kini boleh diambil daripada pendingin hawa bagi tujuan forensik
Setiap benda hidup menghembuskan DNA dalam bentuk air liur atau wap yang dikeluarkan ketika bernafas.
Tulang dijumpai di Tongkang Pechah milik Bella - Polis
Polis mengesahkan beberapa tulang yang ditemui di kawasan rumah terbiar di Tongkang Pechah di Batu Pahat pada 28 Feb lepas milik mangsa kes pembunuhan, Bella.
Rangka manusia sah milik Bella - Polis
Laporan mengesahkan hasil analisis DNA didapati ia sepadan dengan sampel yang diambil dari ibu dan kakak Bella yang dilaporkan hilang Disember lalu.
Kes bunuh Zayn Rayyan: Siasatan sudah 90 peratus - KPN
Siasatan melibatkan pelbagai sudut, termasuk saintifik, forensik serta konvensional, dan selain itu polis sedang memperincikan identiti suspek.
Polis kesan dua kanak-kanak nampak Zayn Rayyan di Blok R sebelum hilang
Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin di tingkat dua dan tiga di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 5 Disember lalu.
Identiti mayat hampir reput dipercayai dibunuh dikenal pasti - Polis
Identiti mayat hampir reput dipercayai dibunuh yang ditemukan berhampiran sebuah kebun kelapa sawit pada 16 Sept lepas telah dikenal pasti.
Saintis China bangunkan program peranti komputer berasaskan DNA
Litar bersepadu terkenal yang digunakan dalam dekad yang lepas kebanyakannya terdiri daripada elektronik dan fotonik berdasarkan semikonduktor.
Kebakaran hutan di Hawaii: 1,100 penduduk masih belum dapat dikesan
Seramai 1,100 orang masih hilang dalam kebakaran hutan luar biasa yang melanda Pulau Maui di Hawaii baru-baru ini.
Pesawat terhempas di Elmina: Polis sahkan hanya 10 mangsa terlibat
Pengesahan dibuat selepas semua spesimen cebisan anggota badan yang ditemukan di lokasi nahas padan dengan ujian DNA ahli keluarga.
Pesawat terhempas di Elmina: Proses bedah siasat selesai, tunggu padanan DNA
Sebanyak 300 sampel cebisan mayat telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan padanan DNA dan 30 peratus berjaya diselesaikan.