awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Seorang maut, tujuh cedera kemalangan bas dan dua lori di PLUS
EFL: Man City tewaskan Newcastle 3-1, mara ke final
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Gajah berusia tiga bulan ditangkap di Lanchang

Bernama
Bernama
11/07/2014
23:57 MYT
Anak Gajah berusia tiga bulan ditangkap di Lanchang
Anak gajah itu daripada kumpulan lima ekor gajah liar yang pernah menceroboh masuk ke perkampungan Desa Bakti Batu Tujuh Jalan Karak minggu lepas - Gambar Fail
Seekor anak gajah jantan berusia tiga bulan ditangkap oleh anggota Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di tepi hutan berhampiran Ladang Lanchang, di sini pada Jumaat.
Menurut Ketua Unit Konservasi Gajah Kebangsaan Nasaruddin Othman, anak gajah dianggar seberat 98 kilogram itu ditangkap ketika sedang merayau di tepi hutan dekat ladang terbabit pada pukul 12.30 tengahari.
"Setelah mendapat maklumat, kita telah menghantar sepasukan anggota dan berjaya menangkap gajah itu sebelum dibawa ke Pusat Pemuliharan Gajah di Kampung Kuala Gandah, Lanchang kira-kira pukul 6.20 petang semalam menggunakan sebuah lori khas," katanya ketika dihubungi di sini.
Anak gajah berumur tiga bulan itu kata Nasaruddin dipercayai tersesat setelah terpisah dengan ibunya.
Beliau tidak menolak kemungkinan gajah itu daripada kumpulan lima ekor gajah liar yang pernah menceroboh masuk ke perkampungan Desa Bakti Batu Tujuh Jalan Karak minggu lepas.
"Anak gajah tersebut kini diasingkan dengan gajah-gajah lain dan dijaga khas oleh dua anggota pakar penjagaan dan pemuliharaan gajah secara bergilir gilir dengan diberi minum susu tepung sebanyak 16 liter sehari," katanya.
Nasaruddin berkata, tumpuan perlu diberikan kepada anak gajah itu kerana ia masih kecil.
Topic Berkaitan
#gajah
#Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan
#Pusat Pemuliharan Gajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan