KOTA KINABALU: Anak gajah yang cedera akibat terkena jerat sehingga pergelangan kaki kanannya terpaksa dipotong dilaporkan mati pada petang Selasa.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, anak gajah betina berusia kurang dua tahun itu telah diberi rawatan sebaiknya selepas melalui proses pembedahan memotong kaki kanan hadapan pada Isnin.
"Selepas pembedahan, anak gajah itu juga telah menunjukkan perkembangan yang sangat baik. Ia kelihatan sihat malah makan dan minum seperti gajah sihat yang biasa.
"Bagaimanapun, pada keesokan harinya (Selasa), anak gajah itu kelihatan agak lemah dan tertekan. Rawatan dan pemberian ubat telah dilakukan dan anak gajah itu bertindak balas dengan baik.
"Namun pada sebelah petang, anak gajah itu telah rebah. Ia cuba untuk bangun tetapi rebah semula dan kira-kira jam 6.15 petang, anak gajah itu berhenti bernafas sebelum doktor veterinar yang merawat mengesahkan kematiannya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
BACA: Anak gajah cacat kena jerat, Sabah tawar ganjaran pemberi maklumat
Jafry berkata, bedah siasat terhadap anak gajah itu dilakukan pada pagi Rabu dan mendapati kematian berpunca daripada kegagalan organ dalam badannya.
"Kematian berpunca daripada kegagalan organ penting seperti jantung, paru-paru dan berlaku pendarahan pada saluran pemakanan di perut dan usus.
"Ia disebabkan jangkitan pada luka yang dialaminya sejak terkena jerat," jelasnya.
Beliau berkata, walaupun pegawai veterinar yang merawat haiwan itu melakukan yang terbaik namun ia akhirnya mati.
"Saya sangat sedih dengan keadaan anak gajah itu yang akhirnya mati dan saya berharap kecederaan sehingga menyebabkan kematian sebegini tidak berulang di masa hadapan.
"Saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat Sabah untuk sama-sama berusaha membendung kegiatan memasang jerat yang menyalahi undang-undang bagi mengelakkan kecederaan dan kematian kepada hidupan liar terutama haiwan terancam seperti gajah," katanya.
Sinar Harian pada Selasa melaporkan seekor anak gajah ditemui dalam keadaan cedera di bahagian kaki selepas terkena jerat dalam kejadian di Tungku, Lahad Datu pada Sabtu lalu.
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 22 2022

Anak gajah terbabit berada dalam keadaan sihat selepas melalui proses pembedahan pada bahagian kaki namun dilaporkan mati pada petang Selasa. - Sinar Harian

Hampir 50,000 kontraktor Melayu 'gulung tikar'
Hampir 50,000 kontraktor Melayu terpaksa gulung tikar kerana tidak dapat memperbaharui lesen atas pelbagai faktor terutama akibat terkesan dengan kenaikan ketara harga bahan binaan sejak 2018.
![[INFOGRAFIK] Pelancongan domestik Malaysia 2021 [INFOGRAFIK] Pelancongan domestik Malaysia 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1975869/thumbnails/8967789641656503525717_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Pelancongan domestik Malaysia 2021
![AWANI Borneo [29/06/2022] - Hanya libatkan satu syarikat | Teknologi mesra alam sekitar AWANI Borneo [29/06/2022] - Hanya libatkan satu syarikat | Teknologi mesra alam sekitar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1975867/thumbnails/19650021631656502960700_640x360.jpeg)
AWANI Borneo [29/06/2022] - Hanya libatkan satu syarikat | Teknologi mesra alam sekitar
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hasan #AWANIBorneo 29 Jun 2022: - Bekalan RON95 di Sarawak cukup dan stabil, tidak habis seperti didakwa. - Syarikat Australia berminat melabur untuk bina loji bateri Lithium-Ion di Sarawak. - Penduduk Khazanah Indah bersuara, sampai bila perlu hadap masalah air dan sampah?

Jenazah pesakit COVID-19 boleh dimandi, dikafankan - Khairy
KKM menetapkan tatacara pengurusan jenazah Islam yang dijangkiti COVID-19 dibenarkan untuk dimandi dan dikafankan dengan amalan langkah berjaga-jaga.

Menteri Luar Australia setuju untuk tarik pelaburan ke Malaysia
Menteri Luar Australia Penny Wong bersetuju untuk memperkenalkan pelabur baharu dari Australia untuk membuat pelaburan di Malaysia.

Kes Siti Bainun: Pegawai polis buat analisis telefon bimbit papar gambar dan video Bella
Beliau mengambil masa lebih tiga jam untuk mengekstrak gambar dan video dalam telefon bimbit itu.

Malaysia, Australia suarakan semula komitmen pertingkat hubungan perdagangan dua hala
Malaysia dan Australia menyatakan semula komitmen masing-masing untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan dua hala.

Warisan Sarawak | Perkasa industri songket, bantu sosioekonomi tempatan
Pengiktirafan songket Sarawak sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH) di peringkat global dilihat mampu untuk memacu industri itu sekali gus memperkasa komuniti penenun songket. Dengan mengkomersialkan pelbagai produk barangan budaya, ia mampu mencipta sosioekonomi tempatan dan menyumbang kepada ekonomi pelancongan.

Konvensyen BN Sabah | Wadah perbincangan, pelan hadapi PRU15
Seramai 5,000 peserta dijangka menghadiri Konvensyen Barisan Nasional (BN) Sabah 2022 yang akan diadakan di Penampang Sabtu ini, kata Pengerusi Bn Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin. Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata konvensyen tersebut akan menjadi medan memperkukuhkan solidariti parti itu khususnya di Sabah dan menjadi saksi betapa kukuhnya kesepakatan sebuah gabungan BN yang memberi sumbangan besar membentuk kerajaan Sabah.

Masalah Rakyat | Khazanah Indah tidak seindah nama
Khazanah Indah tidak seindah nama. Setelah sekian lama penduduk taman perumahan di Lahad Datu itu masih dibelenggu pelbagai masalah antaranya gangguan bekalan air dan sampah. Masalah yang berlarutan ini menjejaskan kehidupan sekitar 1,600 penduduk yang menghuni 750 buah rumah di kawasan itu.

Tapak sejarah gajah 'serang' kereta api kini terbiar
Tinjauan mendapati, laluan masuk sejauh hampir 70 meter ke tapak memorial dipenuhi tumbuhan dan pokok hutan.

Anak gajah dipotong kaki dilaporkan mati
Anak gajah yang cedera akibat terkena jerat sehingga pergelangan kaki kanannya terpaksa dipotong dilaporkan mati pada petang Selasa.

Anak gajah cacat kena jerat, Sabah tawar ganjaran pemberi maklumat
Seekor anak gajah kehilangan pergelangan kaki kanan yang terpaksa dipotong akibat cedera parah terkena jerat tali dipasang manusia tidak bertanggungjawab.

Mahkamah tolak petisyen pembebasan gajah di Zoo Bronx kerana 'ia bukan manusia'
Selepas Zoo Bronx mengumumkan akan menamatkan program gajah dalam kurungan, hanya Happy dan seekor lagi gajah betina yang kekal di zoo itu.

Warga emas nyaris dihempap tangki air dalam kejadian ribut
Kejadian ribut tersebut menyaksikan hampir keseluruhan bumbung rumahnya diterbangkan angin dan kejadian itu adalah paling teruk berlaku malah disaksikan oleh mereka.

Perhilitan laksana kawalan, tembak halau gajah liar di Lata Rek
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan mengesan 20 gajah liar di kawasan Kampung Tok Uban dan Kampung Catan di Lata Rek, Kuala Krai, dekat sini.

Melaka digesa batal tujuh projek gajah putih di bawah M-WEZ
Cadangan untuk membina 22 buah jambatan dengan kos RM216 juta adalah tidak masuk akal sama sekali, tegas Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong.

Lebih 40 gajah pigmi Borneo 'serang' ladang sawit di Lahad Datu dihalau
Gajah-gajah tersebut dipercayai telah tersesat dan sedang berusaha mencari makanan.

Perhilitan sahkan kehadiran gajah di Jalan Raya Timur Barat
Jika hal seumpamanya terjadi, pengguna jalan raya dinasihat tidak melakukan provokasi atau terlalu berani menghampiri gajah berkenaan.

Polis tahan lelaki miliki mercun, bunga api
Polis menahan seorang lelaki yang memiliki bahan letupan di Kampung Sungai Tinggi, Padang Gajah, dekat sini, lewat malam tadi.