awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak gajah mati dilanggar kereta

Sinar Harian
Sinar Harian
14/04/2024
22:10 MYT
Anak gajah mati dilanggar kereta
Seekor anak gajah mati dalam keadaan terbaring, menghalang satu jalan dua hala, dipercayai dilanggar kereta. - Foto Sinar Harian
GERIK: Seekor anak gajah mati dilanggar kereta di Kilometer 50 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat sini semalam.
Kemalangan sekitar jam 8.30 malam itu dikatakan berlaku ketika anak gajah terbabit mahu melintas laluan secara tiba-tiba.
Keadaan itu mengakibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan X-Trail yang sedang melalui selekoh tidak sempat mengelak dan melanggar gajah tersebut.
Kejadian bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan kepada pemandu dan penumpang.
Insiden terbabit tular apabila rakaman berdurasi 1 minit 45 saat dikongsi di media sosial.
Menerusi video berkenaan, anak gajah terbabit mati di tempat kejadian dalam keadaan terbaring, menghalang satu jalan dua hala di situ.
Turut kelihatan, serpihan peralatan dipercayai milik kenderaan yang melanggar anak gajah tersebut, bertaburan di atas jalan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood memaklumkan ada menerima laporan kejadian itu.
"Maklumat lengkap sedang disiapkan untuk makluman media," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#anak gajah
#Nahas
#anak gajah lintas jalan
#Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan