ALOR GAJAH: Luluh hati seorang ibu apabila dimaklumkan mengenai penemuan mayat dibunuh dan dibakar dipercayai anaknya di kawasan Hutan Percha, di sini minggu lalu.
Vathma, 55, berkata, walaupun polis belum mengesahkan itu adalah mayat anaknya, R Darvnrajh, 24, yang dilaporkan hilang sejak 10 September lalu, namun menerusi satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular, Vathma mengakui lelaki yang dipukul tiga individu lain merupakan anaknya.
Menurutnya, kali terakhir anak sulungnya itu dilihat keluar rumah untuk menonton wayang bersama adik bongsu berusia 17 tahun dan rakan-rakannya pada 9 September lalu.
Katanya, sebelum kejadian, beliau berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri upacara keagamaan dan mangsa meminta kebenaran untuk keluar menonton wayang.
"Ketika itu saya berat hati nak membenarkan mangsa keluar rumah, namun selepas dipujuk suami dan anak, saya akhirnya membenarkan.
"Tapi bila saya tiba di rumah di Tampin, kira-kira jam 2.30 pagi pada 10 September, anak saya masih tiada di rumah dan kemudian kami melaporkan kehilangan mangsa di balai polis berdekatan," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Tambahnya, lebih menyedihkan, beliau bukan sahaja tidak dapat menyambut ulang tahun kelahiran anak sulung daripada dua beradik itu pada 10 September lalu, malah selepas beberapa hari dilaporkan hilang, mereka sekeluarga dimaklumkan dengan penemuan mayat dipercayai Darvnrajh.
Vathma turut memberitahu tidak mengetahui punca mangsa diperlakukan sedemikian rupa, sekali gus menolak kemungkinan disebabkan cemburu kerana anaknya tidak mempunyai teman wanita.
"Cuma sebelum kehilangannya dia ada memaklumkan kepada rakan untuk mencari pembeli motosikal lama jenis Yamaha 125Z miliknya.
"Dia beritahu wang sebanyak RM4,000 hasil jual motosikal itu untuk digunakan bagi perbelanjaan bekerja Lapangan Terbang Changi, Singapura tapi wang yang dia dapat pun tiada di rumah," katanya.
Difahamkan polis Melaka akan mengeluarkan kenyataan berhubung kes penemuan mayat dipercayai lelaki di Alor Gajah baru-baru ini.
Media pada Khamis lalu melaporkan polis sedang mengesan seorang lelaki yang hilang dan tidak pulang ke rumah.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintenden Amiruddien Sariman berkata, lelaki tersebut iaitu R Darvnrajh, 24, kali terakhir dilihat bersama rakan-rakannya sekitar awal pagi 10 September lalu.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Sep 18 2023

Mayat mangsa dipercayai ditemui di kawasan semak Hutan Percha, minggu lalu. (Gambar kecil: Darvnrajh) - Foto Sinar Harian

Kesusahan Zaiton Sameon dapat perhatian LZS
Kepayahan hidup penyanyi popular era 80-an, Zaiton Sameon, 67, yang memohon bantuan kewangan kerana hidup sebatang kara mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Malaysia Airlines lancar penerbangan baharu ke Kertajati Indonesia
Malaysia Airlines memperluaskan rangkaiannya di Indonesia dengan memperkenalkan penerbangan terus baharu terus dari Kuala Lumpur ke Kertajati bermula 30 Oktober ini.

Lelaki cedera kereta dihempap pokok di puncak Gunung Jerai
Seorang lelaki mengalami cedera ringan setelah kenderaan dinaiki dihempap pokok dalam kejadian di puncak Gunung Jerai kira-kira jam 6.55 petang Isnin.

Musim menuai di Kedah bantu pulih bekalan beras putih di pasaran
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin masalah kekurangan beras putih tempatan di pasaran domestik akan dapat dipulihkan susulan musim menuai di negeri Kedah telah bermula.

AMK, NGO buat laporan terhadap Ahli Parlimen Putrajaya
Laporan itu dibuat mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.

Lebih RM302.4 juta bayaran saman dikutip dalam tempoh lapan bulan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan kutipan kompaun berjumlah RM302,433,000 dalam tempoh Januari hingga Ogos lepas melibatkan 1,913,840 saman.
AWANI 7:45 [25/09/2023] - Sanusi sahkan beri keterangan | Teknologi AI terbuka sumbang jenayah | Tarikh penamaan 21 Oktober 2023 | Peluang rangkul pingat emas
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar;
1. SPRM tanya saya empat soalan berkaitan REE, kata Sanusi
2. Hanya tempoh lapan bulan, lebih 15,000 ditahan kes jenayah dalam talian
3. Tarikh undi PRK DUN Jepak, 4 November 2023
4. Tiada siapa jangka e-sukan sumbang pingat pertama Malaysia di Sukan Asia
1. SPRM tanya saya empat soalan berkaitan REE, kata Sanusi
2. Hanya tempoh lapan bulan, lebih 15,000 ditahan kes jenayah dalam talian
3. Tarikh undi PRK DUN Jepak, 4 November 2023
4. Tiada siapa jangka e-sukan sumbang pingat pertama Malaysia di Sukan Asia

Video tular pukul wanita, polis buka kertas siasatan tatatertib
Polis Diraja Malaysia Selangor telah membuka kertas siasatan tatatertib susulan video yang tular di media sosial, mendakwa seorang wanita dipukul anggota polis.

Mahkamah tetapkan 27 Okt tarikh keputusan petisyen Parlimen Masjid Tanah
Mahkamah Pilihan Raya Melaka menetapkan 27 Okt depan sebagai tarikh keputusan petisyen pilihan raya untuk kerusi Parlimen Masjid Tanah.
Identiti mangsa van terjunam dikenal pasti
Polis mengenal pasti identiti kesemua 11 mangsa yang terlibat dalam insiden van persiaran terbabas sebelum terjunam ke cerun di Jalan Teluk Kumbar malam tadi, termasuk seorang wanita warga Singapura yang maut dalam kejadian itu.

Anak hilang, ibu luluh dimaklumkan penemuan mayat
Luluh hati seorang ibu apabila dimaklumkan mengenai penemuan mayat dibunuh dan dibakar dipercayai anaknya di kawasan Hutan Percha, Alor Gajah minggu lalu.