awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak ketiga pasangan panda gergasi diberi nama Shen Yi

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
25/05/2022
04:45 MYT
Anak ketiga pasangan panda gergasi diberi nama Shen Yi
Petugas Zoo Negara memberi makan kepada panda gergasi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Anak ketiga pasangan panda gergasi dari China, Xing Xing dan Liang Liang, dinamakan sebagai Sheng Yi selepas hampir setahun dilahirkan.
Nama tersebut diumumkan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada satu majlis di Pusat Konservasi Panda Gergasi Zoo Negara pagi ini yang turut dihadiri oleh Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujin.
Nama yang diberikan kepada anak panda itu membawa maksud keamanan dan persahabatan.
"Hari ini adalah hari bersejarah bagi hubungan diplomatik Malaysia dan China apabila anak ketiga pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang yang dilahirkan 31 Mei 2021 dinamakan," jelas Takiyuddin.
Malaysia katanya berharap kelahiran Shen Yi juga mampu mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan juga China.
Perjanjian Kerjasama Antarabangsa Konservasi panda gergasi di antara Malaysia dan China melalui Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China (CWCA), dimeterai untuk tempoh 10 tahun bermula 2014.
Sebelum ini pasangan panda gergasi itu juga pernah melahirkan dua lagi anak iaitu Nuan Nuan pada 2015 dan Yi Yi 2018.
Nuan Nuan sudah dihantar pulang ke China pada 14 November 2017 namun urusan penghantaran Yi Yi pada 2020 terpaksa ditangguhkan selepas China terpaksa menutup pusat konservasinya akibat pandemik COVID-19 ketika itu.
Topic Berkaitan
#China
#Malaysia
#Panda
#Sheng Yi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan