Seorang wanita hari ini mendakwa sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Austin Perdana di sini gagal menjalankan prosedur kecemasan yang sewajarnya hingga menyebabkan anak lelakinya meninggal dunia akibat tercekik makanan ketika dalam jagaan pusat itu.
Ong Kai Yun, 32, berkata Kee Shao Ming, 7, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, Jumaat lepas selepas muntah dan pengsan di pusat jagaan itu.
"Saya menerima panggilan telefon pada kira-kira 8 pagi daripada petugas pusat jagaan itu yang memberitahu anak saya muntah dan pengsan.
Petugas itu kemudian menghantar anak saya ke HSI.
"Selepas 12 jam dirawat, pada kira-kira 8 malam doktor mengesahkan anak saya meninggal dunia akibat tercekik cekodok pisang, sarapan yang saya bekalkan kepada anak saya," katanya kepada pemberita di rumahnya di Taman Setia Indah di sini, hari ini.
Ong berkata beliau amat kecewa dengan sikap petugas pusat jagaan itu yang tidak memaklumkan kepada pihak hospital mengenai keadaan anaknya ketika makan sebelum kejadian itu berlaku.
Ong dan suaminya, Kee Yong Wen, 43, juga hanya mengetahui anak mereka tercekik cekodok pisang setelah dimaklumkan pihak hospital.
"Petugas itu sepatutnya terus memberitahu pihak hospital bahawa anak kami sedang makan semasa kejadian berlaku, dan tidak cuai tentang perkara ini," katanya.
Sehubungan itu, Ong membuat satu laporan polis di Balai Polis Setia Indah di sini semalam dan berharap mendapat penjelasan daripada pihak pusat jagaan mengenai prosedur keselamatan mereka, yang
didakwanya sebaga longgar.
Menurutnya beliau menghantar anak lelakinya dan seorang lagi anak perempuannya berusia 8 tahun ke pusat jagaan itu sejak Disember lepas.
Kedua-dua anaknya hanya berada di pusat jagaan berkenaan pada sebelah pagi sebelum bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Foon Yew 5 pada sebelah petang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Bernama
Mon Mar 09 2015
Kee Shao Ming, 7, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) selepas muntah dan pengsan di pusat jagaan itu.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Insiden pukul di hadapan surau gambarkan toleransi masyarakat rapuh
Kejadian seorang lelaki dipukul gara-gara membunyikan hon kenderaan ketika solat Jumaat membuktikan secara jelas betapa rapuhnya sikap toleransi.
Anak lelaki meninggal dunia, wanita dakwa pusat jagaan cuai
Seorang wanita mendakwa sebuah pusat jagaan di Austin Perdana bertanggungjawab menyebabkan kematian anak lelakinya akibat tercekik makanan ketika dalam jagaan pusat itu.