awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
62,485 calon lepasan SPM ditawarkan tempat ke politeknik dan kolej komuniti
MALAYSIA
Perkasa wanita melalui tindakan konkrit, bukan sekadar kata-kata - Dr Wan Azizah
DUNIA
Singapura sahkan dua kes Zika di Woodlands
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Anak maut dipukul, Mek Eshah menang saman RM305,000

Astro Awani
Astro Awani
16/10/2017
05:48 MYT
Anak maut dipukul, Mek Eshah menang saman RM305,000
Defendan kelima dan keenam iaitu Darmaji Darwi, 28 serta Mohsin Jamari, 35, (berbaju hijau) tiba di mahkamah pagi tadi.- Foto Astro AWANI
Mahkamah Tinggi Kota Tinggi, hari ini memerintahkan kerajaan Malaysia dan dua lagi defendan membayar ganti rugi RM305,000 kepada Mek Eshah Jusoh, 73, ibu pelatih Pusat Rawatan dan Pemulihan (CCRC) Kota Tinggi, Mohamad Ezanee Zakaria, 38, kerana kecuaian sehingga menyebabkan anaknya mati dalam tahanan, empat tahun lalu.
Perintah dikeluarkan oleh hakim Mahkamah Tinggi Sivil Johor Bahru, Datuk Teo Say Eng terhadap kerajaan dan dua polis bantuan, Darmaji Darwi, 28, serta Mohsin Jamari, 35, selaku defendan pertama, kelima dan keenam.
Kos terbabit sebagai ganti rugi am berjumlah RM100,000, RM200,000 ringgit lagi sebagai ganti rugi pengajaran, teruk dan penyalahgunaan awam, serta ganti rugi khas kos pengebumian RM5,000 beserta faedah lima peratus setahun bermula tarikh saman difailkan sehingga penyelesaian penuh.
Say Eng dalam penghakiman mengarahkan defendan membayar kesemua ganti rugi terbabit kerana mempunyai bertanggungan secara bersama atau berasingan sehingga menyebabkan kecuaian.
Manakala tuntutan terhadap defendan kedua dan ketiga ditolak tanpa perintah kos disebabkan tiada ‘vicarious liability’.
Pada 14 November 2013, Mohamad Ezanee dimasukkan ke Pusat Rawatan dan Pemulihan (CCRC) Kota Tinggi sebagai pelatih dan pada hari sama dia dipercayai dipukul oleh petugas semasa dalam jagaan pusat itu pada jam 4.30 petang.
Mohamad Ezanee telah dibawa ke hospital Kota Tinggi dan dipindahkan ke hospital Sultanah Aminah serta disahkan koma sebelum meninggal dunia.
Susulan itu Mek Eshah memfailkan saman pada 30 Januari 2014 berjumlah RM1.55 juta.
Dalam tuntutannya Mek Eshah mendakwa kesemua defendan cuai dalam memastikan keselamatan anaknya.
Topic Berkaitan
#AADK
#CCRC
#Datuk Teo Say Eng
#Mohamad Ezanee Zakaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami