awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak MB Perlis mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu lebih RM19,000

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
23/05/2024
02:44 MYT
Anak MB Perlis mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu lebih RM19,000
Mohd Syafeeq dituduh di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM19,000. - Gambar Astro AWANI
KANGAR: Mohd Syafeeq Mohd Shukri yang juga anak Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dituduh di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM19,000.
Bagaimanapun, Mohd Syafeeq, 35, yang juga menantu kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Nor Salha Hamzah.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menyediakan dokumen yang mengandungi butiran palsu membabitkan Pesanan Bekalan Perkhidmatan Kerajaan Negeri Perlis dengan niat untuk memperdayakan berjumlah RM19,505.10 pada 14 Februari 2024.
Dokumen berkenaan diserahkan atas nama Mohd Farid Abdul Hamid kepada Pembantu Tadbir Bahagian Pentadbiran Daerah di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis pada 19 Februari 2024 bagi perkhidmatan menyediakan minuman untuk Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM berhampiran setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga perbicaraan selesai.
Mahkamah juga menetapkan 28 Jun depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen berkaitan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Rehab Abdul Shukur manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Fadhly Yaacob.
Topic Berkaitan
#anak MB Perlis
#Mohd Syafeeq Mohd Shukri
#tuntutan palsu
#menantu Presiden Pas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan