"Saya redha dengan pemergian Ameer Hakimi biarpun tidak menyangka dia pergi pada hari ulang tahun kelahiran saya semalam.''
Itu luahan Datin Roziah Hashim, ibu kepada Ameer Hakimi Azman, pelajar universiti warga Malaysia berusia 20 tahun yang maut dalam kemalangan jalan raya di Pekanbaru, Riau, Indonesia, pada Ahad.
Menurut Roziah yang juga seorang guru, dia menerima khabar duka itu ketika menghadiri kursus bersama rakan guru yang lain di Kota Kinabalu, Sabah.
Katanya, dia amat terkejut sebaik menerima panggilan telefon daripada suaminya yang memaklumkan anak lelaki mereka terlibat dalam kemalangan dan telah meninggal dunia.
Berikutan itu, Roziah terpaksa menangguhkan kursus dan segera pulang ke Pulau Pinang malam tadi bagi urusan pengebumian anaknya.
"Saya dapat tahu pada jam 6.55 petang semalam, ketika saya di pasar malam. Suami telefon, beritahu anak dah tiada, Ameer dah mati. Saya rasa lemah, saya terus cari kawan, bagitahu saya nak balik Pulau Pinang sebab anak mati dalam kemalangan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Permatang Rambai di sini, hari ini.
BACA: Dua pelajar Malaysia maut kemalangan di Pekanbaru, Indonesia
Roziah yang juga isteri kepada bekas ketua pegawai eksekutif Zakat Pulau Pinang (ZPP), Datuk Azman Abdul Samat, berkata dia tidak sedar yang Ameer Hakimi, anak kedua daripada enam beradik, meninggal dunia pada hari kelahirannya.
"Saya tidak sambut apa pun, berdiam sahaja tetapi apabila dapat tahu anak mati, tiba-tiba baru teringat, oh, anak saya mati pada hari jadi saya.
"Allah bagi ujian sebegitu kepada saya. Anak saya juga merupakan hadiah yang paling besar Allah bagi kepada saya. Begitulah," ujar Roziah.
Menurutnya, Ameer Hakimi sepatutnya pulang ke tanah air Disember lalu, bagaimanapun menangguhkan hasrat kerana pusat pengajiannya mengubah jadual bagi memastikan sesi kuliah berakhir sebelum Ramadan ini.
Roziah berkata, kali terakhir dia mendapat khabar tentang anaknya itu adalah melalui suaminya yang baharu sahaja pulang daripada melawat Ameer Hakimi, Jumaat lalu.
Menurutnya, Ameer Hakimi seorang yang manja dan kerap menghubungi ibu bapanya melalui WhatsApp, sehingga suaminya mengambil keputusan untuk pergi melawat anak mereka itu selama tiga hari minggu lalu.
Kata Roziah, Ameer Hakimi ada hasrat untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan di Jakarta, tetapi tidak sempat menunaikan hasrat akibat tragedi Ahad itu, yang turut mengorbankan seorang rakannya.
"Sebelum ini, Ameer ada meminta kami masukkan duit untuk buat modal perniagaannya, tetapi ayahnya kata dia akan bagi terus semasa melawatnya di sana.
"Difahamkan dia tak sempat bawa keluar (duit). Dalam pukul 3.30 petang semalam, dia keluar dengan kawan dia menaiki motosikal, hendak cari makan. Saya difahamkan, Ameer cuba mengelak dari melanggar sebuah motosikal yang hendak keluar simpang lalu terlanggar sebuah lori dalam insiden itu," jelas Roziah.
Ameer Hakimi adalah pelajar Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau di Pulau Sumatera, menimba ilmu dalam bidang dakwah dan kaunseling Islam.
Dalam kejadian jam 3.30 petang waktu tempatan, Ameer Hakimi bersama rakannya, Mohd Shaiful Bukhari Ammat, 25 tahun, maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka terlanggar sebuah lori yang berhenti di tengah jalan di Pekanbaru, Riau.
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan dalaman dan dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Rumah Sakit Aulia di daerah itu pada jam 6.30 petang.
Difahamkan, jenazah Ameer Hakimi akan diterbangkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, Jakarta ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Jenazah kemudian dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang malam ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Permatang Pasir.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Apr 30 2018
Roziah dan Azman menunjukkan gambar Ameer Hakimi bersama adik-beradiknya, ketika ditemui Astro AWANI di kediaman mereka di Permatang Pauh, hari ini. - Astro AWANI
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Anak meninggal dunia pada hari kelahiran ibu
Pelajar universiti warga Malaysia yang meninggal dunia akibat kemalangan di Pekanbaru, Indonesia, ialah anak kepada bekas ketua pegawai eksekutif Zakat Pulau Pinang, Datuk Azman Abdul Samat.