Berang ditegur kerana membuat bising, seorang lelaki tergamak memukul ibu bapa serta adik perempuannya menggunakan sebatang kayu sehingga cedera.
Kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di Kampung Ara Kuda, di sini awal pagi Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, dalam kejadian sekitar pukul 2.35 pagi itu, suspek yang berusia 37 tahun dikatakan membuat bising di rumah hingga mengganggu tidur ahli keluarganya.
Bapa suspek yang berusia 70 tahun dikatakan menegur perbuatan anaknya itu namun teguran berkenaan telah menimbulkan kemarahannya.
Noorzainy berkata, suspek yang ketika itu disyaki berada di bawah pengaruh dadah mengamuk sehingga dia bertindak memukul mangsa menggunakan kayu.
"Suspek disyaki berada di bawah pengaruh dadah bertindak mengamuk dengan mengambil sebatang kayu dan mengetuk dinding rumah.
"Berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek sebelum suspek bertindak memukul kepala mangsa dengan menggunakan kayu yang dipegang. Ibu dan adik suspek cuba meleraikan pergaduhan turut dipukul oleh suspek" katanya Noorzainy dalam kenyataan.
Akibat kejadian itu, bapa suspek mengalami kecederaan luka di bahagian tepi sebelah kiri kepala, manakala ibunya mengalami luka di bahagian atas kepala berukuran empat hingga lima sentimeter.
Adik perempuan suspek pula yang berusia 23 tahun mengalami lebam di bahagian belakang badan, bahu dan tangan.
"Kesemua mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas dan dibenarkan pulang," katanya.
Siasatan di tempat kejadian tidak menemui senjata kayu yang digunakan oleh suspek.
Menurut Noorzainy, polis kini sedang giat mengesan suspek yang telah melarikan diri selepas kejadian itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Sep 11 2020

Selain memukul ibu, bapa dan adik perempuannya, suspek turut mengetuk dinding kediaman keluarganya. - Gambar ihsan PDRM

PBB dedah sekatan AS beri kesan kepada Iran
Sekatan menjejaskan kumpulan eksport utama Iran, bank dan juga beberapa syarikat serta individu.

Northport rangkul anugerah IAPH 2022 Sustainability Award tewaskan Pelabuhan Montreal, Amsterdam
Northport telah menewaskan dua finalis lain iaitu Pelabuhan Montreal dan Pelabuhan Amsterdam dalam kategori itu.

JDT dan Sri Pahang FC sekadar seri 2-2
Penyerang berbisa Bergson Gustavo Silveira Da Silva meletakkan Skuad Harimau Selatan di depan menerusi jaringan pada minit ke-17.

Jualan kenderaan UMW Holdings merosot kepada 32,600 unit pada April
Pada April, momentum jualan yang kukuh berterusan apabila UMW Toyota Motor mencatatkan jualan yang bertambah baik.

HLIB : Harga minyak tinggi dijangka kekal dalam tempoh lebih lama
Di sebalik ikrar meningkatkan pengeluaran minyak yang sederhana April lalu, pengeluaran sebenar secara konsisten tidak menepati jangkaan.

WEF 2022 Davos: 'Beri penekanan terhadap usaha pemulihan global'
Pandemik COVID-19 telah mencipta barah kepada pelbagai krisis yang memberi implikasi besar terhadap sistem sokongan global.

Sektor animasi negara mampu tembusi pasaran antarabangsa - MDEC
Produk animasi tempatan seperti Upin & Ipin sudah mula mendapat tempat di pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa.

Sukan SEA Hanoi: Skuad boling lelaki, wanita ungguli hari pertama
Pasukan wanita yang diwakili Nur Syazwani Sahar, Nerosha Keligit, Nora Lyana Nastasia Kamal dan Gillian Lim menjatuhkan 2,506 pin.

Musim kering: Rizab telaga air bawah tanah negara mencukupi - Nadma
berdasarkan data JMG, terdapat 5,563 telaga tiub di seluruh negara untuk menghadapi kesan peralihan cuaca itu.

Darurat: Bersih, Majlis Peguam gagal rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, dalam penghakiman melalui e-mel, berkata kesemua persoalan itu boleh diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Cabul adik perempuan, pekerja kilang didenda RM5,000
Akibat mencabul adik perempuannya di sebuah rumah, seorang pekerja kilang hari ini didenda RM5,000 atau dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Anak pukul ibu bapa dengan kayu hanya kerana ditegur buat bising
Suspek yang berusia 37 tahun dikatakan membuat bising di rumah hingga mengganggu tidur ahli keluarganya.

Ada adik Down Syndrome, bintang ragbi New Zealand bantu tingkat kesedaran awam
Adik perempuannya, Zara Barrett atau lebih mesra dipanggil Zars, berusia 16 tahun, sering kali ke stadium bagi menonton setiap perlawanan abang-abangnya.