SHAH ALAM: "Anak saya Muhammad masih lagi menangis atas kehilangan ayahnya dan anda menjadikan MH370 ini sebagai jenaka," kata Intan Maizura Othaman, isteri kepada salah seorang pramugara yang berada dalam pesawat MH370.
Intan Maizura meluahkan perkara itu susulan tindakan melampau pelawak asal Singapura, Jocelyn Chia yang memperlekeh dan menghina Malaysia menerusi persembahan komedi.
Menurutnya, Jocelyn sepatutnya mempunyai empati dan tidak seharusnya membuat jenaka di atas kesedihan orang lain.
"Tidak kira betapa jahatnya anda tetapi jangan sebut mengenai MH370 atau buat lawak mengenainya.
"Anda tidak sepatutnya lakukan lawak jenaka ini untuk mendapat 'pengiktirafan' daripada orang lain. Mempunyai hati dan menetap di negara sedang membangun lebih baik daripada duduk di negara maju tetapi menjadi manusia yang keji," katanya menerusi hantaran video di Instagram dan TikTok.
Intan Maizura juga menyifatkan tindakan wanita yang kini bukan lagi warganegara Singapura itu sebagai memalukan selain turut meminta orang ramai untuk hentikan normalisasi perkara seumpama itu dan menjadi masyarakat lebih peka dengan perkara sensitif.
"Anda tahu berapa ramai ibu yang masih menangis sehingga kini? Anda tidak tahu kerana tidak mempunyai empati dan perasaan. Atau awak tidak mempunyai keluarga pun, kalau mempunyai keluarga saya percaya mereka sudah tentu malu dengan apa yang anda lakukan," katanya.
Menerusi video tular berdurasi satu minit 29 saat yang dimuat naik di laman sosial TikTok, pelawak itu menyifatkan pembangunan Malaysia jauh ketinggalan berbanding Singapura yang bergelar negara maju selepas lebih 40 tahun berpisah dari Tanah Melayu.
Lebih melampau, wanita berkenaan turut menggunakan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai modal jenaka sehingga menimbulkan kemarahan warganet.
-- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 08 2023

Intan Maizura (kiri) meluahkan perkara itu susulan tindakan melampau pelawak asal Singapura, Jocelyn Chia yang memperlekeh dan menghina Malaysia menerusi persembahan komedi. - Sinar Harian

PRK Pelangai: 'Tak undi BN, jangan suruh anak balik' hanya seloroh - Wan Rosdy
Apa yang dimaksudkan adalah mahu anak-anak rantau pulang dan memberi sokongan kepada BN yang lebih mampu memberi pembangunan di kawasan itu.
AWANI Ringkas: Kemenangan di Pelangai penting untuk bina keyakinan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Laksana amanah sebaiknya sebelum Allah tarik balik' - Mohd Na'im komen isu rombakan Kabinet
Baginya, amanah yang diberikan menjadi fokus utama beliau sejak dipilih memegang jawatan itu.

Jawatankuasa Harmoni diwujudkan semula, betulkan persepsi terhadap Islam - Mohd Na'im
Kerajaan akan mewujudkan Jawatankuasa Harmoni dengan kerjasama Kementerian Perpaduan bagi menangani isu Islamofobia di negara ini.

Bekas ADUN Paloh ditidurkan akibat komplikasi demam denggi
Nozula yang berusia 66 tahun ditidurkan sejak 3 petang semalam selepas doktor mendapatkan kebenaran daripada beliau dan ahli keluarga yang lain.

Banjir Kedah: Tiga jambatan di Sungai Kupang runtuh
Banjir kilat yang berlaku di Kampung Iboi pada Rabu menyebabkan tiga jambatan yang menghubungkan penduduk di Kampung Iboi dan Kampung Padang Empang di jajaran Sungai Kupang runtuh.

Malaysia kekal di tangga 36 dalam laporan GII 2023, skor meningkat
Malaysia juga menduduki tangga kedua negara paling berinovatif selepas China dalam kalangan 36 upper-middle income countries dengan kenaikan satu tangga berbanding 2022.

Pengendali DuitNow QR sahkan caj transaksi kuat kuasa 1 November
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), pengendali DuitNow QR mengesahkan akan mengenakan caj transaksi kepada pengguna aplikasi tersebut berkuat kuasa 1 November depan.
[TERKINI] Pengendali Duitnow QR sahkan caj transaksi kuat kuasa 1 November
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (Paynet), pengendali Duitnow QR mengesahkan akan mengenakan caj transaksi kepada pengguna aplikasi tersebut berkuat kuasa 1 November.

Putri Ariani tewas AGT, namun persembahan dapat 'standing ovation', pujian Simon Cowell
Peserta paling mencuri perhatian dunia, Putri Ariani, 17, hanya berjaya meraih tempat keempat America's Got Talent (AGT) musim ke-18.

Lawak melampau, orang ramai kecam Jocelyn Chia
Pelawak itu menggunakan isu MH370 dan pembangunan negara sebagai 'modal' jenakanya yang disifatkan sebagai melampau dan tidak sensitif.