'Anak saya tidak berhutang' - Ibu mangsa maut ditembak di Sungai Golok

Zaiton memberitahu, individu yang menyerang anaknya memang dikenali anak dan menantunya.
PASIR MAS: Ibu kepada Allahyarham Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, yang maut ditembak di Golok, Thailand iaitu Zaiton Abdul Rahman, 64, memaklumkan anaknya itu tidak mempunyai hutang dengan suspek.
Ringkasan AI
- Zaiton Abdul Rahman, ibu kepada Allahyarham Mohd Fuad Fahmie yang maut ditembak di Golok, Thailand, menafikan dakwaan anaknya terlibat dengan hutang, sebaliknya menyatakan suspek pernah menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap arwah sebelum ini.
- Menurut Zaiton, suspek dikenali oleh anak dan menantunya, dan pernah melepaskan tembakan amaran ke arah rumah mangsa beberapa bulan sebelum kejadian tembakan maut berlaku di kediaman Mohd Fuad Fahmie.
- Mohd Fuad Fahmie, 33, meninggal dunia pada malam Sabtu selepas ditembak lapan kali di rumahnya di Sungai Golok. Kematian beliau dimaklumkan kepada keluarganya oleh isterinya, Wan Fatihah Mat Hussin.
Mengulas lanjut, Zaiton memberitahu, individu yang menyerang anaknya itu memang dikenali anak dan menantunya.
Ujarnya, kejadian berlaku di rumah Mohd Fuad Fahmie di Golok, Thailand apabila suspek datang menyerang sebelum melepaskan tembakan ke arahnya.
"Beberapa bulan lalu, kediaman dia (anak) sudah diberi tembakan amaran dipercayai dilakukan individu sama kerana tidak berpuas hati dengan anak saya," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang rakyat Malaysia yang parah ditembak di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand dilaporkan meninggal dunia pada malam Sabtu.
Mangsa, Mohd Fuad Fahmie yang berasal dari Kampung Kepas Apam di sini, meninggal dunia pada jam 9 malam ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok selepas ditembak sebanyak lapan kali.
Menurut Zaiton, dia dimaklumkan tentang kematian anaknya itu oleh menantu, Wan Fatihah Mat Hussin, 35, kira-kira jam 9 malam. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


