awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Analisis klip video didakwa skandal rasuah ADUN Sabah dijangka siap dalam seminggu - Azam Baki

Bernama
Bernama
29/04/2025
06:00 MYT
Analisis klip video didakwa skandal rasuah ADUN Sabah dijangka siap dalam seminggu - Azam Baki
Azam berkata, SPRM telah membuka kertas siasatan dan menjalankan analisis forensik digital terhadap bahan bukti berkenaan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Analisis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap klip video yang didakwa skandal rasuah melibatkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah berhubung isu pelesenan lombong mineral, dijangka siap dalam tempoh seminggu lagi.

Ringkasan AI
  • SPRM sedang meneliti 10 rakaman video yang didakwa menunjukkan skandal rasuah melibatkan ADUN Sabah berhubung isu pelesenan lombong mineral. Hasil analisis dijangka siap dalam tempoh seminggu.
  • Proses penelitian memerlukan masa kerana melibatkan banyak rakaman dan SPRM mahu memastikan siasatan dijalankan secara adil dan menyeluruh.
  • SPRM telah membuka kertas siasatan dan menjalankan analisis forensik digital terhadap bahan bukti berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata laporan forensik terhadap 10 rakaman video yang tular sebelum ini telah diperoleh namun agensi itu masih memerlukan masa bagi meneliti kesemua bahan bukti dengan teliti sebelum sebarang keputusan dibuat.
"Saya jangka dalam seminggu lagi (hasil analisis) akan keluar. Saya pun ada bertanya (perkembangannya) dengan pegawai saya kerana tidak mahu perkara ini dilambatkan," katanya kepada media selepas menghadiri Persidangan Antirasuah Asia Tenggara 2025 di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Azam berkata proses penelitian memerlukan masa kerana melibatkan sejumlah rakaman dan SPRM mahu memastikan siasatan dijalankan secara adil dan menyeluruh.
"Semua pihak bertanya kenapa lambat dan sebagainya. Kita kena faham, ini melibatkan 10 video bukan satu, jadi kita kena tengok dan teliti betul-betul.
"Kita kena adil. Kalau tidak nanti ada pihak mempertikaikan pula, adakah ini satu forensik yang adil atau tidak. Jadi kita kena buat dengan cara yang elok," katanya.
Baru-baru ini, tular beberapa rakaman video yang didakwa menunjukkan perbualan berkaitan rasuah antara individu tertentu dan beberapa wakil rakyat Sabah berhubung isu pelesenan mineral di negeri itu.
SPRM sebelum ini memaklumkan telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu dan menjalankan siasatan secara menyeluruh termasuk analisis forensik digital terhadap bahan bukti berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN Sabah
#skandal rasuah
#lesen lombong mineral
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan